Harian Metro

PDB tawar hadiah menarik sempena Piala Dunia 2018

-

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menerusi Kempen Arena Bola Petronas menawarkan hadiah menarik kepada pelanggann­ya bermula 11 Jun hingga 22 Julai ini sempena musim Piala Dunia 2018.

Ketua Bahagian Perniagaan Runcitnya, Aadrin Azly berkata, kempen berkenaan akan memilih lima pemenang mingguan yang diberikan peluang beli-belah barangan ADIDAS bernilai RM3,000 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, 250 pemenang akan menerima kad hadiah Petronas berjumlah RM100 yang boleh digunakan untuk menebus bahan api atau barang lain di Kedai Mesra.

“Pelanggan hanya perlu mengisi bahan api Petronas Primax dengan minimum RM40 atau membeli dua Kombo Bola bernilai RM3.50 di Kedai Mesra.

“Kami mahu memberikan pelanggan kami pengalaman unik menerusi Piala Dunia ini dan oleh sebab itu kami bekerjasam­a dengan ADIDAS, penaja rasmi perlawanan itu.

“Kami juga mengambil pertimbang­an pelanggan yang mencari makanan dan minuman semasa perlawanan berlangsun­g sekali gus menjadikan pembelian kombo itu sebagai syarat penyertaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Aadrin berkata, menjadikan penyertaan lebih mudah, pelanggan hanya perlu menghantar salinan resit menerusi Whatsapp kepada pihak PDB.

“Sudah tentu, ahli kad Mesra mempunyai lebih peluang berdasarka­n terma penyertaan kerana ia adalah manfaat kerana menjadi pelanggan setia kami,” katanya.

Selain itu, bersempena dengan Piala Dunia itu juga, PDB turut melancarka­n permainan berasaskan web iaitu Play Like A Champ yang mana lebih banyak hadiah diberikan termasukla­h mata ganjaran Mesra dan baucar ADIDAS.

Mereka yang berminat boleh log masuk ke https://petronas.gamify.live/ bagi merasai sendiri pengalaman permainan berkenaan.

 ??  ?? PETRONAS Dagangan Bhd tawar hadiah menarik kepada pelanggan sempena musim Piala Dunia 2018.
PETRONAS Dagangan Bhd tawar hadiah menarik kepada pelanggan sempena musim Piala Dunia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia