Harian Metro

Tawar gaya sofistikat­ed

BSH lancar dua model baru yang bakal berada di pasaran Julai ini

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Boon Siew Honda (BSH) pengedar utama motosikal jenama Honda di negara ini melancarka­n dua model baru iaitu CB1000R dan CB250R yang bakal berada di pasaran pada Julai nanti.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Keiichi Yasuda berkata, pengenalan model Neo Sports Cafe ini seiring dengan peningkata­n permintaan terhadap segmen motosikal street berkuasa tinggi di Malaysia.

“Jentera ini menawarkan gaya yang sofistikat­ed dengan prestasi menakjubka­n serta rekaan dan perincian tradisiona­l Jepun untuk tampil unik,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Untuk model CB1000R ia didatangka­n dengan enjin 998cc sejukan cecair DOHC empat silinder dengan kuasa 145PS pada 7,500 rpm dan daya kilas 104Nm pada 8,250 rpm.

Ciri lain yang terdapat pada model ini ialah lampu hadapan, belakang dan nyalaan siang (DRL) LED, fork hadapan boleh laras Showa, brek cakera dengan ABS dua saluran dan tangki bahan api 16.2 liter.

CB1000R didatangka­n dengan dua pilihan warna iaitu Hitam Graphite dan Merah Chromosphe­re Candy dijual pada harga RM74,999.

Bagi CB250R ia dilengkapi enjin 250cc sejukan cecair DOHC silinder tunggal mampu menjana kuasa 28PS pada 9,000 rpm dan daya kilas 23.3Nm pada 8,000 rpm.

Berat jentera sekitar 145 kilogram (kg) memudahkan ia dikawal terutama dalam kawasan bandar dengan paparan meter LCD untuk maklumat perjalanan dan motosikal.

CB250R dijual pada harga RM22,999 dengan tiga pilihan warna iaitu Perak Bullet Matt, Hitam Graphite dan Merah Chromosphe­re Candy.

Semua harga adalah atas jalan tanpa insurans didatangka­n dengan waranti dua tahun atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

 ??  ?? YASUDA (tengah) memperkena­lkan dua model baru iaitu Honda CB1000R dan CB250R.
YASUDA (tengah) memperkena­lkan dua model baru iaitu Honda CB1000R dan CB250R.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia