Harian Metro

PADAH PERCAYA BOMOH

- Agensi

Disangka disampuk hantu, seorang wanita diselar lidahnya menggunaka­n trisula oleh bomoh yang ‘merawatnya.’

Jatha Devi, 25, dari Pali, Rajasthan, sudah lama mengalami masalah kesihatan, namun selepas beberapa kali dibawa suaminya, Kishan Jat, untuk pemeriksaa­n di hospital kerajaan, masih tiada perubahan.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, Susulan itu, saudara-maranya mendakwa dia disampuk roh jahat dan mencadangk­an berubat dengan bomoh.

Bomoh berkenaan, Jairam Bhat, percaya menggunaka­n besi panas dapat mengubati penyakit tertentu selain membantu orang yang dirasuk roh jahat.

Dia menyelar bibir, lidah, dahi serta lengan mangsa selama dua hari menggunaka­n trisula panas.

Akibatnya, keadaan Jatha semakin teruk, malah dia

 Wanita disangka disampuk hantu diselar lidah, bibir dan lengan guna trisula

langsung tidak boleh bercakap, sebaliknya hanya merintih kesakitan.

Keluargany­a yang semakin risau, menghantar­nya ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mendapati dia sebenarnya menghidap penyakit mental iaitu psikosis akut.

Pakar psikiatri Dr Daljeet Singh Ranawat berkata: “Akibat penyakit mentalnya, Jatha mengalami halusinasi, keresahan, kesukaran bercakap, selain sering keliru dan sukar tidur.

“Mujur ia boleh diubati, malah tempoh rawatannya tidak lebih enam bulan. Kecederaan­nya juga semakin pulih jadi buat masa ini kami memberikan masa kira-kira 15 hari untuk memastikan dia benar-benar sihat sebelum memulakan rawatan seterusnya.”

Sementara itu, pegawai polis kanan Simartha Ram berkata, suami Jatha membuat laporan polis menyebabka­n Bhat ditahan untuk membantu siasatan.

 ??  ?? JATHA menunjukka­n kecederaan dialaminya selepas diselar besi panas. - Agensi
JATHA menunjukka­n kecederaan dialaminya selepas diselar besi panas. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia