Harian Metro

Mohon maaf, kami tersilap bunuh

-

New York: Kumpulan yang menyerang dan menetak hingga mati remaja 15 tahun di depan kedai di Bronx, New York, kelmarin, memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana mereka tersilap orang.

Polis percaya kumpulan terbabit tersilap menyangka Lesandro Guzman-Feliz, 15, adalah lelaki yang muncul dalam rakaman video seks membabitka­n saudara wanita seorang daripada penyerang itu.

Abang ipar mangsa, Derek Grullon, 19, memberitah­u New York Daily News dia menerima pesanan melalui Facebook mendakwa dari kumpulan samseng Trinitario­s dianggotai etnik Dominica.

“Mereka berkata, ‘Kami tersilap orang’,” katanya dan isterinya (kakak mangsa) turut menerima pesanan yang sama.

New York Post melaporkan, isterinya berkata, dia menerima rakaman video sepanjang dua minit melalui Snapchat dengan ketua kumpulan itu memohon maaf dan memberitah­u sudah membuang semua ahli yang membunuh adiknya itu.

Menurut laporan New York Daily News, video seks itu menunjukka­n seorang lelaki menyanyika­n lagi rock, manakala seorang lagi melakukan hubungan seks dengan seorang wanita.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan siapa antara dua lelaki itu yang disangka Guzman-Feliz oleh kumpulan samseng Trinitario­s.

Remaja itu adalah pelajar Sekolah Sains dan Kesihatan Dr Richard Izquierdo.

Berdasarka­n rakaman CCTV di tempat kejadian, polis kini memburu sekurang-kurangnya enam suspek yang dilihat melarikan diri dengan kereta berwarna putih dan hitam. - Agensi

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia