Harian Metro

56 juta mengundi

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hadapi saingan sengit berikutan populariti merosot

- Agensi

Rakyat Turki keluar mengundi semalam, untuk pilihan raya Parlimen dan presiden yang dianggap ujian sukar kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika populariti­nya merosot akibat masalah ekonomi.

Erdogan membawa perubahan bersejarah di Turki sejak parti pemerintah berasaskan Islam pimpinanny­a berkuasa pada 2002 selepas bertahun negara itu dikuasai pentadbira­n sekular.

Namun, pengkritik menuduh pemimpin tegar Turki berusia 64 tahun itu mengekang kebebasan awam serta bersikap autokratik.

Pusat mengundi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup pada jam 5 petang. Lebih 56 juta pengundi layak mengundi.

Erdogan berharap memperoleh majoriti keseluruha­n untuk Parti Keadilan dan Pembanguna­n (AKP) pimpinanan­nya, namun mungkin sukar berikutan peningkata­n populariti parti sekular, Parti Rakyat Republikan (CHP) pimpinan, Muharrem Ince. Ince berjanji menamatkan pemerintah­an kuku besi Erdogan di negara dengan 81 juta penduduk itu. “Jika Erdogan menang, telefon anda akan terus didengar. Ketakutan akan terus melingkari. Jika Ince menang, mahkamah akan bebas,” kata Ince membuat janji akan menarik balik perintah darurat dalam tempoh 48 jam selepas dipilih.

Erdogan bagaimanap­un, tetap menjadi pilihan mengekalka­n jawatan presiden walaupun memerlukan pusingan kedua yang dijangka 8 Julai ini.

“Jika tuah menyebelah­i penyandang, saingan kali ini jauh lebih sengit berbanding yang dijangka,” kata penganalis­is di Institut Diraja Elcano dan Prof Adjung di Universiti Carloss II di Madrid, Sepanyol, Ilke Toygur.

 ??  ?? PETUGAS pilihan raya Turki menyediaka­n kertas undi di sebuah pusat mengundi di Istanbul, semalam. - EPA
PETUGAS pilihan raya Turki menyediaka­n kertas undi di sebuah pusat mengundi di Istanbul, semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia