Harian Metro

Wanita Saudi terus pandu

- AFP

 Larangan memandu terhadap wanita Arab Saudi tamat secara rasmi semalam

Sebaik larangan memandu terhadap wanita Arab Saudi tamat secara rasmi semalam, Aseel Al-Hamad, anggota wanita dalam Persekutua­n Sukan Permotoran Arab Saudi, diberi peluang memandu kereta F1 pasukan Renault.

Aseel diberi peluang memandu Renault E20 yang memenangi Grand Prix Abu Dhabi pada 2012 yang ketika itu dipandu Kimi Raikkonen, sempena Grand Prix Perancis.

“Saya menggemari sukan lumba permotoran sejak kecil dan mendapat peluang memandu kereta F1 ini melangkaui impian yang sebelum ini dianggap mustahil,” katanya.

Beliau menjadi ‘tetamu kehormat’ Renault dalam perbarisan beberapa jam sebelum grand prix itu yang kali pertama diadakan di litar Le Castellet selepas 28 tahun.

Penamatan larangan

itu akan menjadi pembaharua­n bersejarah yang dijangka mengubah era baru kehidupan sosial Arab Saudi.

Penarikan semula larangan itu antara usaha Putera Mahkota Mohammed Salman memodenkan Arab Saudi.

Menurut pemerhati, langkah berkenaan akan membantu wanita membebaska­n diri daripada bergantung kepada pemandu atau saudara lelaki, sekali gus membawa kepada penjimatan wang yang besar.

“Ia detik bersejarah untuk semua wanita di Arab Saudi,” kata penyampai televisyen Saudi, Sabika al-Dosari yang terus memandu beberapa minit selepas larangan itu ditamatkan di timur bandar Al-Khobar.

Penuntut jurusan farmasi berusia 21 tahun, Hatoun Dakhil, berkata: “Masa yang terbuang kerana perlu menunggu pemandu tiba sudah berakhir.

“Kami tidak lagi memerlukan lelaki untuk memandu.”

 ??  ?? ASEEL diberi peluang memandu Renault E20 yang memenangi Grand Prix Abu Dhabi pada 2012. - Agensi
ASEEL diberi peluang memandu Renault E20 yang memenangi Grand Prix Abu Dhabi pada 2012. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia