Harian Metro

Jumpa 450 meter di dasar Danau Toba

-

Medan: Pasukan pencari dan penyelamat Indonesia diketuai agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) semalam, berjaya menemui kapal kayu ‘Sinar Bangun’ yang karam di Danau Toba, Sumatera Barat, Isnin lalu.

Menurut agensi berita Antara yang memetik kompas.com, Pengarah Urusan Lembaga Perbadanan Danau Toba (BPODT), Arie Prasetyo berkata, Basarnas bersama Alumni Persatuan Institut Teknologi Bandung (ITB) menghantar peralatan bagi mencari Sinar Bangun.

Katanya, pasukan bersama itu berupaya menemui dan mengenal pasti kedudukan kapal itu yang disaksikan Menteri Sosial Indonesia, Idrus Marham jam 11.12 pagi waktu tempatan semalam.

“Sinar Bangun dikesan pada koordinat garis lintang 2.47 darjah utara dan garis bujur 98.6 darjah timur. Ia berada pada kedalaman 450 meter di bawah permukaan air.

“Selepas koordinat dan kedudukan Sinar Bangun dipastikan, kami mencadangk­an kepada Basarnas untuk melaksanak­an langkah berikutnya iaitu mengangkat kapal,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa dipercayai masih terperangk­ap dalam kapal yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Tigaras di wilayah Simalungun ke Pelabuhan Simanindo di daerah Samosir.

Kapal kayu itu membawa sehingga 200 penumpang dan puluhan motosikal, karam ketika cuaca buruk jam 5.30 petang waktu tempatan Isnin lalu.

Hasil pencarian, pasukan penyelamat menemui 19 mangsa terselamat, manakala tiga lagi disahkan maut. - Agensi

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa yang hilang berdoa di pelabuhan. - AFP
AHLI keluarga mangsa yang hilang berdoa di pelabuhan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia