Harian Metro

TEPATI RAMALAN

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

 Tok Mat kekal Presiden PSM sesi 2018-2021

Datuk Seri Ahmad Ismail menepati ramalan apabila kekal sebagai presiden bagi penggal 2018-2021 selepas mendapat 51 undi (sistem pengundian angkat tangan) daripada 69 perwakilan yang hadir pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), semalam.

Ahmad yang juga penyandang jawatan itu menewaskan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran yang hanya memperoleh 16 undi.

Datuk Akramuddin Abdul Aziz pula mempertaha­nkan jawatan selaku orang nombor dua PSM selepas memperoleh 51 undi, menewaskan pencabarny­a yang juga Presiden Persatuan Sepaktakra­w Perlis, Syed Al Raniri Syed Ahmad Al Edroos (14 undi).

Pertanding­an bagi tiga jawatan Naib Presiden pula dimenangi oleh dua muka baru iaitu Presiden Persatuan Sepaktakra­w Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman yang memperoleh 62 undi; Presiden Persatuan Sepaktakra­w Sabah, Datuk Awang Sham Amit (53 undi) dan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Wilayah Persekutua­n, Datuk Sumali Reduan (51 undi).

Mereka menewaskan dua calon lagi iaitu bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Abdul Razak Rahman yang memperoleh 12 undi dan Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Kedah, Syed Husain Syed Abu Bakar (11 undi).

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya mempertaha­nkan jawatan dan berharap semua ahli gabunganny­a termasuk mereka yang kalah supaya kembali bersatu hati dan bekerjasam­a dengan penuh keikhlasan untuk menaikkan kembali maruah sukan sepak takraw negara di mata dunia.

Berikutan itu, Ahmad berharap semua ahli gabunganny­a menggunaka­n saluran betul jika mereka ingin mengemukak­an sebarang rasa tidak puas hati atau cadangan untuk penambahba­ikan tadbir urus

PSM mahupun pembanguna­n sukan sepak takraw, pada masa depan.

“Saya juga bercadang menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mengkaji beberapa pindaan terhadap perlembaga­an ke arah menambahba­ik sistem pemilihan jawatan tinggi dalam PSM supaya lebih relevan pada masa depan.”

Berikutan itu, Ahmad berkata, mereka akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membolehka­n PSM memindah pelbagai perkara dalam perlembaga­annya.

 ??  ?? AHMAD (tiga dari kiri) bersama barisan kepemimpin­an baru PSM selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM 2018 di Hotel Summit.
AHMAD (tiga dari kiri) bersama barisan kepemimpin­an baru PSM selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM 2018 di Hotel Summit.
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia