Harian Metro

BUKAN BIASA-BIASA

Hatrik Segovia tutup mulut kelab tempatan yang ‘tolak’ kehadirann­ya

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@nstp.com.my

“Tua-tua pun berharga.”

Itu yang mungkin boleh digambarka­n mengenai kelibat penyerang import Selangor, Rufino Segovia selepas meledak hatrik untuk membantu Red Giants menang besar 4-0 ke atas PKNS FC pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.

Di sebalik kejayaan membuktika­n sentuhan jaringan kepada pasukan Selangor, ada isyarat yang mahu disampaika­nnya kepada pasukan tempatan yang pernah menolak khidmatnya dengan alasan terlalu tua.

Tanpa mendedahka­n pasukan mana, Segovia yang berusia 33 tahun membuktika­n keputusan kelab itu salah dan umur bukan penentu kepada prestasi di tengah padang.

“Sebelum saya datang ke sini, tiada pasukan mahukan saya sebab saya tua. Saya tidak perlu beritahu pasukan mana tapi Selangor berikan saya peluang.

“Ramai di sini bantu saya, jadi bagi saya, Selangor adalah rumah saya,” katanya.

Segovia meledak dua gol pantas pada babak pertama pada minit ke-39 dan 40 sebelum melengkapk­an hatriknya pada minit ke-56, diikuti gerakannya yang mencetuska­n gol sendiri pemain PKNS, Azmizi Azmi pada m-64.

Ketika ditanya mengenai tekanan yang dilalui sebagai peledak utama pasukan, Segovia menegaskan tiada apa yang mengganggu fokusnya setiap kali berada di tengah padang.

Bagi penyerang dari Sepanyol itu, dia mahu memuaskan hati peminat dan cuba memberi apa yang dimiliki.

“Tekanan hanyalah sebelum perlawanan. Saya fikir nak puaskan hati penyokong dan keluarga. Tapi apabila saya masuk padang, saya fikir saya hanya perlu bermain seperti biasa.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia