Harian Metro

Kekal aksi pantas

- AFP

 Isco gesa rakan ikut falsafah kejayaan pasukan 2010

Pemain tengah Sepanyol, Isco percaya rakan sepasukann­ya perlu kekal dengan falsafah yang membawa mereka menjulang Piala Dunia 2010, untuk mencapai keputusan yang diperlukan apabila menentang

Maghribi Kaliningra­d, Russia: Sepanyol akan sekali lagi mengharapk­an kelibat Diego Costa untuk mencipta jaringan pada Piala Dunia berdepan Maghribi yang sudah tersingkir awal pagi esok ketika mereka cuba mengatasi Portugal dan meraih kedudukan teratas Kumpulan B.

Keputusan seri di Kaliningra­d akan memastikan juara 2010 itu laluan selamat ke kelompok 16 pasukan terakhir, tetapi untuk memastikan mereka dalam aksi penentuan Kumpulan B.

Selepas seri 3-3 dengan Portugal pada perlawanan pembukaan, La Roja menang 1-0 ke atas Iran dan memerlukan sekurang-kurangnya satu mata menentang Maghribi bagi memastikan tempat ke pusingan kedua.

“Kami perlu percaya dan beraksi dengan corak permainan diamalkan selama ini,” jelas perancang Real Madrid itu.

“Kami perlu beraksi, melakukan banyak hantaran dan menyimpan bola. Jika kami bermain dengan pantas di padang, peluang akan muncul.”

Sepanyol melakar sejarah meraih gelaran Eropah dan Piala Dunia antara 2008 hingga 2012 dengan mengamalka­n corak permainan bola sepak yang dikenali sebagai “tiki-taka.”

Isco antara bakat baru bola sepak Sepanyol bersama rakan sepasukan di Real Madrid iaitu Lucas Vazquez dan Marco Asensio bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an pemain legenda Xavi Hernandez.

“Ini kali pertama saya bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan besar,” katanya. “Saya berasa sukar, namun ia menjadi mudah dengan kehadiran pemain berpengala­man.”

Jurulatih Fernando Hierro, yang mengambil alih tugas dua hari sebelum kejohanan susulan pemecatan mengejut Julen Lopetegui berkata, pasukannya tidak memandang rendah Maghribi yang masih belum meraih sebatang mata.

“Ini Piala Dunia, tiada perlawanan yang tidak penting,” katanya. “Kami boleh meningkat dan saya berharap kami terus menang namun tiada lawan yang akan memberikan laluan mudah.

“Ada pasukan sudah mengesahka­n tiket ke pusingan kedua namun saingan kumpulan kami amat sukar. Kami tidak mempunyai pilihan selain meraih tiga mata menentang Maghribi.”

 ??  ?? ISCO
COSTA
ISCO COSTA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia