Harian Metro

CR7 lawan sifu

- AFP

 Ronaldo sedia hampakan skuad bekas jurulatih

Cristiano Ronaldo bersedia untuk mengemudi negaranya mara ke saingan kalah mati Piala Dunia menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan awal pagi esok menentang bekas jurulatih negara itu, Carlos Queiroz dan Iran.

Ronaldo dan Queiroz kedua-duanya tampil buat kali keempat pada Piala Dunia (sebagai jurulatih dan pemain) dan hubungan mereka terjalin sejak ketua pasukan Portugal itu tiba di Manchester United pada 2003.

Jurulatih berusia 65 tahun itu berkhidmat sebagai penolong Alex Ferguson sebelum ke Real Madrid iaitu kelab yang disertai Ronaldo pada 2009 dengan Queiroz berperanan untuk memudahkan perpindaha­n itu.

Bagaimanap­un, hubungan mereka menjadi renggang selepas Portugal tersingkir pada pusingan kedua kepada Sepanyol di Piala Dunia 2010, yang mana Ronaldo menyalahka­n Queiroz berikutan kekalahan itu.

Portugal seterusnya tersingkir pada peringkat kumpulan empat tahun lalu di Brazil, tetapi Ronaldo setakat ini mengetuai perjalanan mereka di Russia dengan meledak semua empat gol pasukannya setakat ini.

“Jangkaan kami adalah meneruskan tugas dan cuba untuk memperting­katkan prestasi dalam saingan peringkat kumpulan. Kami semakin hampir (ke pusingan kalah mati) dan selepas itu lihat bagaimana untuk peringkat seterusnya,” kata Ronaldo selepas jaringan awal yang dilakukan ketika menentang Maghribi membantu Portugal menyamai empat mata dengan pendahulu Kumpulan B, Sepanyol.

Ronaldo ketika ini berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak bersama penyerang Belgium, Romelu Lukaku, sekali gus meninggalk­an pencabar utama, Lionel Messi yang bergelut bersama Argentina di peringkat kumpulan.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos menganggap beliau amat bertuah kerana memiliki ketua pasukan yang sudah berusia 33 tahun, namun mempamerka­n prestasi luar biasa. Pertahanan Portugal, Pepe yang juga bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real berkata, ia satu keistimewa­an buat negara yang mempunyai pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali.

 ??  ??
 ??  ?? RONALDO (kanan) bergurau dengan Ricardo Quaresma ketika latihan.
RONALDO (kanan) bergurau dengan Ricardo Quaresma ketika latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia