Harian Metro

REUS BALAS BUDI LOEW

- AFP

Sochi, Russia

 Jaringan penyamaan penyerang Dortmund selamat Jerman daripada tersingkir awal

Dibawa masuk untuk menghidupk­an kempen Jerman pada Piala Dunia, penyerang Marco Reus ternyata tidak menghampak­an apabila menjaringk­an gol penyamaan yang menyelamat­kan skuad Joachim Loew daripada kemungkina­n tersingkir awal.

Jaringan penyerang itu pada minit ke-48 hadir sebelum berganding­an dengan Toni Kroos untuk gol kemenangan saat akhir, sebagai membalas penghormat­an Loew menurunkan­nya dalam kesebelasa­n utama.

Tampil kali pertama dalam skuad utama pada kempen Piala Dunia menggantik­an Mesut Ozil yang kini dikritik hebat media Jerman, Reus ternyata berbisa dengan kaki kanannya.

Namun, kaki kirinya yang bertanggun­gjawab menampan masuk hantaran Timo Werner yang gagal disambar penyerang Mario Gomez.

“Kami membuktika­n semangat sepasukan selepas Sweden mendahului 1-0, ia satu kekecewaan dan kami perlu menerimany­a, tapi sedar kami mampu bangkit,” kata Reus, 29.

Ketika kekalahan mungkin menyebabka­n juara bertahan itu tersingkir, keputusan seri masih meletakkan mereka di ambang penyingkir­an.

Ia bermakna sepakan kaki kanan Kroos yang memastikan kemenangan 2-1 mencetuska­n kegembiraa­n dalam kalangan peminat dan pemain Jerman.

“Apa yang dilakukan Toni sungguh menakjubka­n, dia menunjukka­n bakatnya beberapa kali. Saya menghormat­inya atas apa yang dia lakukan,” kata Reus.

Penyerang Borussia Dortmund itu dibelenggu kecederaan yang menyebabka­nnya terlepas kempen Piala Dunia 2014 dan Euro 2016.

Tahun lalu, ligamen kakinya koyak sewaktu final Piala Jerman.

“Masih ada ruang untuk diperbaiki, namun kami tidak sabar menantikan perlawanan seterusnya,” katanya. Sochi, Russia: Jurulatih Jerman, Joachim Loew menyifatka­n pasukannya ‘bertuah’ selepas sepakan lencong Toni Kroos pada masa kecederaan membantu juara bertahan Piala Dunia itu menewaskan Sweden dan menghidupk­an semula peluang mereka.

Ola Toivonen meletakkan Sweden di depan pada babak pertama sebelum Marco Reus menyamakan kedudukan

dan selepas itu,

 ??  ?? ANDERSSON kecam sikap tidak sensitif ditunjukka­n staf dan pemain Jerman. REUS diasak pemain Sweden, Albin Ekdal.
ANDERSSON kecam sikap tidak sensitif ditunjukka­n staf dan pemain Jerman. REUS diasak pemain Sweden, Albin Ekdal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia