Harian Metro

Mexico yakin ke peringkat 16 terbaik

-

Rostov, Russia: Mexico kini sudah sebelah kaki ke peringkat 16 terbaik Piala Dunia selepas menundukka­n Korea Selatan 2-1 hasil jaringan Javier Hernandez dan juga Carlos Vela di Rostov, malam kelmarin.

Hernandez muncul pemain pertama meledak 50 gol buat Mexico dalam 104 penampilan selepas Vela terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti.

Jaringan jarak jauh Son Heung Min merapatkan kedudukan pada minit akhir perlawanan, namun sudah terlambat untuk

menafikan Mexico daripada meraih mata penuh.

“Kadangkala apabila anda menentang pasukan yang memiliki tradisi bola sepak yang kecil, anda mudah kehilangan fokus kerana berasa terlalu selesa,” kata jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio.

“Namun, kami layak memenangi perlawanan ini. Kami begitu gembira dan kemenangan ini turut dikongsi bersama di seluruh negara.”

Korea Selatan yang tewas menerusi sepakan penalti menentang Sweden sebelum ini mencipta beberapa peluang, namun gagal disudahkan dengan baik.

Tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan di Russia, mereka memerlukan keajaiban untuk melepasi peringkat kumpulan.

Pada aksi yang berlangsun­g dengan suhu 35 darjah Celsius itu, Mexico sekali lagi tampil dengan persembaha­n kemas apabila menguasai permainan menerusi corak permainan pantas untuk menembusi kubu Korea Selatan.

Namun, Osorio nyata tidak berpuas hati apabila kurangnya perlindung­an terhadap pemainnya yang dikasari 24 kali sepanjang perlawanan.

“Demi kebaikan bola sepak dan pemain berbakat, saya harap pengadil lebih bertanggun­gjawab,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia