Harian Metro

‘RASUKAN’ KANE

- Agensi

 Ledak hatrik bantu England menang besar ke atas Panama

England mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Piala Dunia selepas tidak berdepan masalah menewaskan Panama 6-1 pada aksi kedua Kumpulan G, malam tadi.

Keputusan itu sudah dijangka, mengambil kira Panama yang tampil buat kali pertama di pentas Piala Dunia selain England dilihat berada pada prestasi terbaik selepas menewaskan Tunisia 2-1 pada perlawanan pertama.

Kemenangan besar itu juga adalah yang terbesar pernah dilakar England sepanjang sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.

Pertahanan Manchester City, John Stones memulakan pesta gol England apabila menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Panama, Jaime Penedo seawal minit kelapan sebelum kapten, Harry Kane menambah gol kedua pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti selepas Jesse Lingard dikasari.

Pada minit ke-36 giliran Lingard pula menjadi penyumbang gol ketiga England yang meledak gol dari jarak 25 meter.

Stones dan Kane masing-masing sekali lagi meledak gol untuk England sebelum berakhir babak pertama dengan Stones minit ke-40, manakala Kane menyempurn­akan sepakan penalti minit ke-46 selepas dia sendiri dikasari dalam kawasan kotak penalti.

Bersambung separuh masa kedua, Kane mencetak hatrik pada minit ke-62 untuk muncul penjaring terbanyak di Piala Dunia setakat ini dengan lima gol sebelum dikeluarka­n.

Panama bagaimanap­un masih tidak berputus asa dengan melakukan beberapa percuban berbahaya selepas itu dan usaha mereka membuahkan hasil selepas pemain gantian Felipe Baloy menghadiah­kan gol pertama untuk negaranya di Piala Dunia pada minit ke-78 berpunca daripada sepakan percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia