Harian Metro

S ‘PULAU SAMPAH’

- Nasrawati Syarifuddi­n cnews@nstp.com.my

ebanyak lima tan sampah dikumpul hasil kerjasama pelbagai pihak bagi membersihk­an kawasan sekitar Pulau Mabul, dekat sini.

Program hasil kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), penduduk kampung dan pengusaha resort itu diadakan antara lain bertujuan mendidik masyarakat menjaga kebersihan pulau berkenaan yang menjadi destinasi percutian popular bagi pelancong luar.

Sempena program itu, penyelam skuba syarikat pelanconga­n di Pulau Mabul turut membantu mengutip sampah di dasar laut dan di sekitar kawasan penempatan rumah atas air.

Pengerusi Persatuan Syarikat Pelanconga­n Bumiputera Tempatan Semporna, Kerino

Jalani berkata, masalah sampah di

Pulau Mabul semakin membimbang­kan hingga aktiviti gotong-royong diadakan setiap tiga bulan, kini dijalankan setiap minggu iaitu pada

Lima tan bahan buangan berjaya dikutip orang ramai

Sabtu dan Ahad.

Katanya, masalah sampah berlaku disebabkan kurang sifat tanggungja­wab segelintir pengusaha resort yang baru membina pusat peranginan di kawasan pulau hingga sampah di resort itu dibuang ke laut.

“Kali ini kami mengumpul lima tan sampah. Saya lihat kebanyakan resort baru dibina dan sudah lama bertapak di kawasan ini tidak menghantar sampah ke Jeti Umum Semporna, sebaliknya membuangny­a ke laut.

“Ada juga pengusaha resort yang menghantar sampah ke Jeti Umum, namun tidak mengambil inisiatif menghubung­i pihak Majlis Daerah Semporna mengutip sampah berkenaan dan hanya membiarkan ia terkumpul di situ (Jeti Umum),” katanya kepada NSTP.

Kerino berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sendiri akan mengambil inisiatif memantau semua pengusaha resort di kawasan Pulau Mabul supaya sampah dihantar terus ke Jeti Umum Semporna.

“Kita akan lebih agresif menjalanka­n pemantauan dengan mengekori bot yang menghantar sampah dari resort hingga ke Jeti Umum Semporna dan menghubung­i Majlis Daerah Semporna untuk menguruska­n sampah berkenaan.

“Saya juga menasihatk­an orang awam dan pengusaha resort supaya lebih bertanggun­gjawab menjaga kebersihan pulau ini kerana ini adalah salah satu pulau yang menjadi tarikan pelancong luar.

“Jika kawasan ini kotor, tidak ada lagi pelancong memilih pulau ini sebagai destinasi percutian mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? COLLIN disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh
pasukan perubatan.
COLLIN disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
 ??  ?? PENDUDUK kampung membersihk­an sekitar Pulau Mabul antara destinasi pelancong popular.
PENDUDUK kampung membersihk­an sekitar Pulau Mabul antara destinasi pelancong popular.
 ??  ?? Masalah sampah berlaku kerana
kurang sifat tanggungja­wab segelintir pengusaha
resort
Masalah sampah berlaku kerana kurang sifat tanggungja­wab segelintir pengusaha resort

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia