Harian Metro

Ambil langkah lindungi tumbuhan

-

Kota Kinabalu: Orang ramai dinasihatk­an untuk mengikuti prosedur kuarantin tumbuhan sedia ada ketika membawa masuk apa saja tumbuhan dan produk pertanian ke negeri ini bagi mengelak dirampas pihak berkuasa.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong berkata, kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi industri pertanian serta kepelbagai­an biodiversi­ti flora dan fauna di negeri ini.

Beliau mengulas pertanyaan orang ramai susulan beberapa hasil pertanian termasuk buah-buahan dirampas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wong berkata satu ketika dulu koko pernah menjadi tanaman utama di Sabah dengan keluasan ladang lebih 400,000 hektar.

“Namun, kini hanya tinggal kira-kira 5,500 hektar ladang koko di Sabah akibat serangan serangga perosak dan penyakit koko. Penyakit koko disebabkan Conopormop­ha cramerella dipercayai berasal dari negara jiran selepas dibawa melalui cara yang tidak sah sekitar 1983.

“Satu lagi kes yang saya ingat ialah limau majid Beaufort yang terkenal pada 1980-an tetapi tidak lagi sekarang. Ini disebabkan serangan penyakit bernama Citrus Greening yang disebabkan Candidatus liberobact­er asiaticum sekitar 1989.

“Bakteria ini merebak melalui satu tumbuhan sitrus yang disyaki diseludup dari China. Makanan ruji kita iaitu beras juga tidak terselamat daripada diserang perosak dan penyakit dari luar Sabah seperti Golden Apple Snail,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebarang pergerakan masuk tumbuhan dan hasil pertanian lain serta produknya perlu mematuhi prosedur kuarantin.

 ??  ?? Satu ketika dulu, koko pernah menjadi tanaman utama di Sabah dengan keluasan ladang lebih 400,000 hektar. Namun, kini hanya tinggal 5,500 hektar akibat serangan serangga perosak”
Wong
Satu ketika dulu, koko pernah menjadi tanaman utama di Sabah dengan keluasan ladang lebih 400,000 hektar. Namun, kini hanya tinggal 5,500 hektar akibat serangan serangga perosak” Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia