Harian Metro

PBT jangan pandang

- Muhd Amirul Faiz Ahmad cnews@nstp.com.my

 Alasan kos tinggi pembinaan prasarana OKU tidak boleh diterima

Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih meremehkan pembinaan prasarana orang kurang upaya (OKU) dengan alasan kos tinggi tidak patut diterima.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata, ekuiti dan sikap keterbukaa­n dalam merancang pembanguna­n kawasan pentadbira­n adalah penting demi kepentinga­n semua pihak termasuk OKU.

“Alasan pembinaan prasarana untuk OKU yang membabitka­n kos tinggi selain mendakwa tidak banyak OKU yang akan menggunaka­nnya tidak boleh diterima.

“Kekurangan prasarana buat OKU menyebabka­n mereka jauh lebih ‘kurang’ lagi. OKU sangat memerlukan pembinaan kemudahan lalu lintas bukan saja untuk parkir kenderaan, malah melintas jalan dengan lebih mudah,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Fatimah berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan NSTP, semalam, yang memaparkan kisah seorang lelaki OKU berkerusi roda dan seorang rakannya sanggup ‘menempah maut’ menyusuri laluan bertentang­an arah berikutan ketiadaan prasarana untuk memudahkan pergerakan mereka di Jalan Rock, Taman Timberland, di sini.

Menurut saksi, Azman Fai, 32, darahnya ‘berderau’ selepas ada kereta yang dipandu laju hampir merempuh kedua-dua mereka sebelum kenderaan berkenaan sempat memperlaha­nkan kelajuan dan menukar lorong.

Lebih menyayat hati, Azman berkata, lelaki OKU berkerusi roda dan lumpuh kedua-dua kaki sedaya upaya mengangkat tangan kirinya setinggi mungkin supaya pengguna jalan raya yang memberhent­ikan kenderaan di persimpang­an lampu isyarat simpang empat, berdekatan Jalan Permata, di sini, memberi laluan kepada mereka.

Mengulas lanjut, Fatimah bagaimanap­un mengakui kemudahan OKU di negeri ini masih kurang terutama membabitka­n tanjakan bagi pengguna kerusi roda.

Di Kuching, kemudahan OKU yang wajar dijadikan penanda bagi PBT adalah di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia