Harian Metro

APM Tawau buka Pejabat Unit Pertahanan Awam Pulau Sebatik

-

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau semalam melancarka­n pembukaan Pejabat Unit Pertahanan Awam Pulau Sebatik yang pertama di kawasan pulau di negeri ini.

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman ketika merasmikan pembukaan pejabat baru itu memuji inisiatif APM Tawau kerana berusaha memenuhi keperluan penduduk Pulau Sebatik.

“Kita percaya pembukaan pejabat ini yang disertai lebih 100 sukarelawa­n APM akan dapat membantu penduduk Pulau Sebatik sekiranya berada dalam situasi memerlukan.

“Misalnya, ketika menghadapi kes ular, serangan tebuan dan terutama sekali untuk bantuan kecemasan seperti orang sakit yang perlu dihantar ke Hospital Tawau,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjay­a APM Roslan Wahab, Pengarah Bahagian Perancanga­n Dasar dan Penyelaras­an APM Norhafifi Ismail dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tawau Kapten Hussain Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Ma’mun berkata, kesulitan menghantar pesakit dari pulau ke tanah besar Tawau dapat diatasi berikutan Unit Pertahanan Awam Sebatik mempunyai bot sendiri.

“Misalnya, pesakit dari pulau boleh dihantar menaiki bot sebelum diserahkan kepada ambulans APM Tawau di tanah besar untuk dihantar ke Hospital Tawau,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengulangi tekad untuk berusaha membantu menangani isu infrastruk­tur di Kalabakan, khususnya berkaitan jalan raya.

 ??  ?? MA’MUN merasmikan pembukaan Pejabat Unit Pertahanan Awam Pulau Sebatik, Tawau.
MA’MUN merasmikan pembukaan Pejabat Unit Pertahanan Awam Pulau Sebatik, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia