Harian Metro

TLDM tingkatkan kawalan keselamata­n

-

Kinabalu: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggarisk­an empat perkara utama dalam usaha meningkatk­an kawalan keselamata­n di perairan Sabah dan Sarawak serta menjaga kebajikan warganya.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, antara perancanga­n itu adalah memindahka­n Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang kini beroperasi di Pangkalan KD Sri Sandakan di bandar Sandakan ke lokasi baru di kawasan Karamuntin­g di Parlimen Batu Sapi.

Katanya, pangkalan sedia ada kini dilihat tidak lagi sesuai untuk menempatka­n markas terbabit disebabkan lokasinya terlalu hampir dengan bandar.

“Pihak Armada Timur juga merancang membina jeti operasi bagi semua kapal TLDM di KD Sri Tawau bagi menampung jumlah aset yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

“Selain itu, kita berhasrat membuka MAWILLA 4 di Bintulu, Sarawak, selain membina 1,700 unit rumah di Pangkalan TLDM Sepanggar untuk menampung keperluan anggota yang berpindah ke markas berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas Perbarisan Istiadat Perpindaha­n Panglima Armada Timur, dekat sini, semalam.

Syed Zahiruddin yang dilantik Panglima Armada Timur pada April tahun lalu bakal berpindah ke Kementeria­n Pertahanan dengan menjawat jawatan Panglima Angkatan Bersama.

Beliau akan digantikan oleh Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob yang sebelum ini memegang jawatan Panglima MAWILLA 2 sementara tugas kepemimpin­an tertinggi MAWILLA 2 diambil alih oleh Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam.

Mengulas lanjut, Syed Zahiruddin berkata, semua perancanga­n itu bagaimanap­un masih di peringkat perbincang­an dan hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan kepemimpin­an tertinggi TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain bergantung kepada keadaan kewangan.

 ??  ?? SYED Zahiruddin Putra memeriksa perbarisan pada Perbarisan Istiadat Perpindaha­n Panglima Armada Timur, semalam.
SYED Zahiruddin Putra memeriksa perbarisan pada Perbarisan Istiadat Perpindaha­n Panglima Armada Timur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia