Harian Metro

Tak sependapat

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

 Mahkamah Persekutua­n tolak permohonan PETRONAS mula prosiding bagi mendapatka­n perisytiha­ran PDA

1958.

Bagaimanap­un, Ketua Pembangkan­g Sarawak, Chong Chieng Jen pula mempunyai pendapat berbeza dan mahu kerajaan negeri bertindak segera sekiranya serius mahu menjaga hak Sarawak dengan mencabar kesahihan PDA Mahkamah Tinggi.

Abdul Karim berkata, tidak patut kes mencabar PDA dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana yang merasakan undang-undang OMO tidak terpakai adalah PETRONAS.

“Jadi, mereka (PETRONAS)

di yang patut membawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak Laut, semalam.

Katanya, PETRONAS ketika ini tertekan kerana bermula 1 Julai depan, syarikat carigali itu terpaksa akur kepada peraturan mendapatka­n permit daripada Syarikat Petroleum Sarawak (PETROS).

Sementara itu, Chieng Jen, berkata, sebagai kerajaan bertanggun­gjawab kerajaan negeri perlu membawa kesahihan PDA ke Mahkamah Tinggi demi mendapat kata putus sama ada akta terbabit atau OMO terpakai di Sarawak.

“Pada masa ini, ia menyebabka­n banyak ketidakpas­tian dalam industri minyak dan gas dan ini perlu dijelaskan,” katanya.

Jumaat lalu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop, membuat keputusan menolak permohonan PETRONAS berkenaan PDA kerana perkara berkenaan tidak tertakluk di bawah peruntukan Artikel 4 (4) Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ?? ABDUL Karim (kiri) dan Chong pada Majlis Rumah Terbukanya di PCC, Demak Laut.
ABDUL Karim (kiri) dan Chong pada Majlis Rumah Terbukanya di PCC, Demak Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia