Harian Metro

Penduduk lega kerajaan sedia lot tanah

-

Simunjan: Penduduk di Gedong boleh menarik nafas lega selepas kerajaan negeri berusaha menyediaka­n lot tanah untuk membolehka­n rumah yang lebih selesa dibina.

Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak Datuk Naroden Majais berkata, keputusan itu dibuat kerajaan negeri bagi membolehka­n penduduk di kawasan berkenaan memiliki tanah dan rumah yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur akan mencari lot tanah yang sesuai sebelum ia akan diukur dan diberikan kepada penduduk.

“Sekiranya ada

tanah yang dikenal pasti masih mempunyai baki, ia akan diberikan kepada generasi kedua penduduk kawasan Gedong untuk tujuan sama.

“Namun, tanah yang diberikan kepada penduduk kelak hanya tertakluk kepada mereka yang masih belum mempunyai tanah,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Tengah Hilir, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sudah menjadi hasrat dan keutamaan kerajaan negeri untuk memastikan penduduk di negeri ini memiliki rumah yang lebih selesa.

Pemimpin politik Sarawak daripada parti kerajaan dan pembangkan­g tidak sependapat membabitka­n keperluan mencabar kesahihan Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 di Mahkamah Tinggi sama ada terpakai atau tidak di negeri ini.

Mahkamah Persekutua­n pada 22 Jun lalu menolak permohonan PETRONAS untuk memulakan prosiding bagi mendapatka­n perisytiha­ran PDA, berhubung kuasa mengawal selia aktiviti huluan sumber minyak di Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata, tiada keperluan memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk mencabar PDA kerana Sarawak mempunyai undang-undang khas terpakai iaitu Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) Sarawak

 ??  ?? NARODEN (tengah) bersama ahli PBB memotong kek di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ranting PBB Kampung Tengah Hilir, semalam.
NARODEN (tengah) bersama ahli PBB memotong kek di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ranting PBB Kampung Tengah Hilir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia