Harian Metro

‘NYAWA IBU’ SUDAH TIADA

Pemandu Grab ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher dipercayai dibunuh di kawasan letak kenderaan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

“Arwah ibarat nyawa ibu kerana dia peneman setia ke mana saja ibu pergi. Kehilangan­nya begitu perit buat kami sekeluarga,” kata Fatihah Nosri, kakak sulung kepada pemandu Grab, Aiman, 27, yang

ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher dipercayai dibunuh di kawasan letak kenderaan di Taman Selayang Makmur, Selangor, malam kelmarin. Aiman tidak pulang sejak petang Jumaat lalu selepas dikatakan menghantar pelanggan dari KLIA ke Puncak Alam, Selangor,

lapor Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Nurul Hidayah Bahaudin.

“Arwah adalah nyawa ibu kerana dia peneman setia ke mana saja ibu pergi. Kehilangan­nya begitu perit buat kami sekeluarga,” kata Fatihah Nosri, 31, kakak sulung kepada pemandu Grab, Aiman, 27, yang ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher dipercayai dibunuh di kawasan letak kenderaan di Taman Selayang Makmur, Selangor, malam kelmarin.

Mayat Aiman ditemui dalam keadaan terlungkup di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi berwarna hitam miliknya dengan kepala di bawah mengenai lantai kenderan itu, manakala kakinya di atas pada jam

8.20 malam.

Fatihah berkata, adiknya keluar dari rumah di Taman Kasturi Heights, di sini, pada Khamis lalu dan memberitah­u ibu mereka, Norizawati Dani, 52, mahu menghantar pelanggan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Puncak Alam, Selangor.

Katanya, pada sebelah malam adiknya tidak pulang ke rumah namun ia perkara biasa kerana Aiman sering berbuat demikian.

“Jika tidak pulang, adik akan tidur di rumah kawan atau dalam kereta kerana kepenatan. Paling lewat Aiman akan pulang pada petang keesokan hari dan menghubung­i ibu bagi memaklumka­n aktivitiny­a,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Fatihah, adiknya bagaimanap­un tidak pulang pada petang Jumaat lalu menyebabka­n ibu dan bapa tirinya, Johari Abu Bakar, 52, bimbang.

“Malah, arwah juga tidak mengirimka­n sebarang mesej menerusi aplikasi WhatsApp atau panggilan sehingga keluarga tertanya-tanya ke mana dia pergi. Berikutan dia masih tidak pulang bapa tiri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi semalam (kelmarin),” katanya.

Fatihah memberitah­u, arwah adalah anak ketiga daripada empat beradik lepasan diploma dari Universiti Selangor (UNISEL) dan sudah bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa sejak dua tahun lalu.

“Aiman bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan untuk membantu keluarga dan mengubah nasib dirinya. Kami tidak menyangka insiden itu menimpanya,” katanya sebak.

Katanya, arwah juga melakukan kerja sambilan membabitka­n multimedia, laman web dan pengaturca­raan komputer.

Sementara itu, menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berusia 50-an, sebaik mendapati Aiman tidak pulang dalam tempoh 24 jam, dia bersama ahli keluarga lain cuba mencarinya dengan bertanya kenalan dan rakan rapat arwah selain menggunaka­n media sosial. “Kebiasaann­ya dia akan balik ke rumah selepas keluar bekerja atau tidur di rumah rakannya di Kuala Lumpur. Namun, dia tetap akan pulang ke rumah dan tidak pernah menetap bersama rakannya hingga berhari-hari.

“Apabila dia tidak balik ke rumah Jumaat lalu, kami pelik dan mula mencarinya dengan bertanya kepada rakannya, tetapi mereka memaklumka­n tidak tahu lokasi Aiman berada sebelum laporan polis dibuat mengenai kehilangan­nya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superinten­dan Tey Kong Seng berkata, anggota polis Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang melakukan rondaan di Pondok Selayang Baru menemui mayat mangsa selepas dimaklumka­n

oleh bapa tiri lelaki terbabit mengenai penemuan kereta mangsa di kawasan berkenaan.

Difahamkan bapa tiri mangsa berjaya mengesan kedudukan kereta mangsa melalui Sistem Kedukan Global (GPS).

“Sebaik tiba di lokasi, anggota berkenaan menemui mangsa di tempat duduk bahagian belakang kereta itu dalam keadaan bahagian kepala di bawah mengenai lantai kenderaan, manakala kakinya di atas.

“Pihak Hospital Selayang yang dihubungi tiba di lokasi dan mengesahka­n mangsa yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, sudah meninggal dunia,” katanya.

Kong Seng berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan ketara ditemui pada badan mangsa.

“Bagaimanap­un, terdapat kesan melecet dipercayai dijerut pada leher mangsa dan tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian. Malah, tiada saksi yang melihat kejadian itu,” katanya memaklumka­n pemeriksaa­n turut dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau berkata, pihaknya menemui dua telefon bimbit, kasut, stoking dan baju T di dalam kereta berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Bandar Enstek, malam tadi.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n terhadap kereta mangsa yang ditemui di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak.
SOLAT jenazah Aiman di Masjid Dato Klana Petra Putra Nilai, malam tadi. AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n terhadap kereta mangsa yang ditemui di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak. SOLAT jenazah Aiman di Masjid Dato Klana Petra Putra Nilai, malam tadi. AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
 ??  ?? IBU Aiman sebak di sisi jenazah anaknya selepas selesai solat jenazah di Masjid
Dato Klana Petra Putra Nilai.
AIMAN
IBU Aiman sebak di sisi jenazah anaknya selepas selesai solat jenazah di Masjid Dato Klana Petra Putra Nilai. AIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia