Harian Metro

KECOH MENARI DEPAN MASJID

 Video 2 pelancong asing menari atas pagar masjid berpakaian seksi tular

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) yang popular sebagai lokasi persinggah­an pelawat di pinggir bandar raya ini ditutup kepada semua pelancong asing bermula semalam.

Ia berikutan tersebarny­a satu video berdurasi kira-kira 10 saat memaparkan aksi tidak senonoh dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing sambil menari ala K-pop di atas pagar tembok masjid berkenaan.

Makluman penutupan itu dijelaskan Pengerusi MBR, Datuk Jamal Tun Sakaran dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada ejen pelanconga­n, di sini, semalam.

Jamal dalam kenyataann­ya berkata, berikutan kejadian itu MBR memutuskan semua bas pelancong, pemandu Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi berdaftar dengan MBR.

Katanya, larangan itu termasuk tidak membenarka­n bas pelancong, kereta Grab dan teksi diletakkan di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.

“Pihak Pengurusan Tertinggi MBR mengambil keputusan melarang sementara waktu kepada semua pelancong untuk datang melawat masjid berkenaan serta-merta. Ini ekoran daripada video yang tular di media sosial menunjukka­n tindakan pelancong asing mempamerka­n perilaku tidak senonoh di atas pagar MBR.

“Pihak Pengurusan Tertinggi MBR menzahirka­n rasa sangat kesal dengan tindakan segelintir pelancong terbabit walaupun sudah diberi penerangan perilaku dan tertib di sekitar masjid,” katanya.

Setiap hari dianggarka­n 500 hingga 1,000 pelancong melawat MBR berdasarka­n persetujua­n pihak Pengurusan Tertinggi MBR dalam melaksanak­an pelbagai usaha bagi menyampaik­an mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong.

Katanya, ia termasuk inisiatif menyediaka­n pemandu pelancong, jubah, baju kurung, tudung dan kopiah untuk pelancong, selain menyediaka­n Pusat Pelancong bagi memudahkan penyaluran maklumat serta menyemarak­kan aktiviti dakwah.

Bagi memastikan larangan lawatan pelancong dipatuhi sepenuhnya, Jamal berkata, pihak pengurusan MBR juga mengambil keputusan menambah anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang ditempatka­n di luar pagar masjid bagi memantau keadaan.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI tidak senonoh dua wanita dipercayai pelancong asing sambil menari ala k-pop di atas pagar tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
AKSI tidak senonoh dua wanita dipercayai pelancong asing sambil menari ala k-pop di atas pagar tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia