Harian Metro

HILANG DUA ABANG SEKALI GUS

 Tiga terkorban selepas treler hilang kawalan masuk laluan bertentang­an rempuh dua kereta

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

Temerloh

“Ikhwan sepatutnya mendaftark­an diri di Kolej Komuniti Banting (Selangor) Selasa ini dan dia kelihatan sangat teruja namun impiannya tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dijemput Ilahi.

“Saya tidak sangka dia akan meninggalk­an saya secepat ini sedangkan sebelum ini kami sentiasa melakukan pelbagai aktiviti bersama,” kata Khasrul Izwan Mohd Yusof, 18.

Dia adalah adik kembar kepada Khasrul Ikhwan Mohd Yusof, 18, yang maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Kilometer 149 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampira­n Mentakab, di sini, jam 9.30 pagi, semalam.

Kemalangan itu turut mengorbank­an abangnya, Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, serta seorang lagi pemandu kenderaan lain, Chua Jyh Shyong, 37.

Dalam kejadian itu, kenderaan pelbagai guna Proton Exora dinaiki lapan beranak itu dirempuh treler membawa muatan kertas dari arah bertentang­an sebelum melanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu Chua.

Mangsa yang cedera adalah bapa mangsa, Mohd Yusof Ghazali, 55; isterinya,

Norizan Md Diah, 51, anak mereka, Khasrul Hafiz Haqimie, 25, Khasrul Hanif Hazirin, 23, dan Khasrul Izwan, 18.

Seorang lagi anak mereka, Khasrul Ikram, 13, dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan

Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

Turut mengalami kecederaan adalah penumpang Toyota Hilux, Chee Kok Yong, 39.

Khasrul Izwan berkata, dia menyedari kelainan pada diri Khasrul Ikhwan apabila kembarnya itu rajin membaca al-Quran dan bersolat sejak kebelakang­an ini.

“Arwah juga sering mengingatk­an untuk menunaikan solat, baru saya sedar perubahann­ya itu adalah petanda dia akan meninggalk­an saya buat selamanya.

“Walaupun sedih kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak ketika umat Islam masih gembira merayakan Aidilfitri, namun saya reda kerana Allah menyayangi mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HOSHAS, di sini, semalam.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Khasrul Hafiz Haqimie berkata, mereka menghadiri majlis perjumpaan keluarga di Kampung Batu 4, Paya Pulai kelmarin dan sepatutnya pulang ke rumah mereka di Sungai Penchala, Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

“Bagaimanap­un, ayah merancang pergi memancing di Empangan Klau, Raub terlebih dahulu dan bertolak kira-kira jam 7.30 pagi.

“(Khasrul) Haizal antara orang yang paling teruja untuk memancing, malah dia sudah menyediaka­n segala kelengkapa­n memancing sejak semalam (kelmarin) lagi,” katanya.

Ditanya mengenai kejadian berkenaan, Khasrul Hafiz berkata, dia tidak mengingati dengan jelas kerana ketika kejadian dia tertidur dan tersedar apabila kereta mereka bergegar serta terbalik.

“Saya terpaksa keluar mengikut pintu belakang kereta, ketika itu saya melihat kepala (Khasrul) Ikhwan berlumuran darah manakala (Khasrul) Haizal tersepit di tempat duduknya.

“Saya cuba mengeluark­an adik-beradik saya yang lain dan ibu sebelum orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu kami,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n saksi kejadian memberitah­u bahawa treler berkenaan dipandu terlalu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh kereta dinaiki mereka.

Jenazah dua beradik berkenaan dikebumika­n di Paya Pulai selepas solat Asar.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA keluarga mengusung jenazah di Jalan Karak-Temerloh untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Empat Paya Pulai. KEADAAN kereta dinaiki mangsa selepas kemalangan. KHASRUL Ikhwan dan Khasrul Haizal sebelum kemalangan.
ANGGOTA keluarga mengusung jenazah di Jalan Karak-Temerloh untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Empat Paya Pulai. KEADAAN kereta dinaiki mangsa selepas kemalangan. KHASRUL Ikhwan dan Khasrul Haizal sebelum kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia