Harian Metro

KETUA BAHARU SAYAP UMNO

- Mohd Anwar Patho Rohman dan Fahmy Azril Rosly cnews@nstp.com.my

Tiga muka baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Datuk Zahida Zarik Khan masing-masing dipilih sebagai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada pemilihan UMNO 2018.

Asyraf Wajdi, 42, yang juga Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengalahka­n tiga pencabarny­a iaitu Senator Khairul Azwan Harun, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunus bagi penggal 2018/21.

Zahida, 39, bekas Naib Ketua Puteri Umno pula menewaskan pencabarny­a yang juga Exco Puteri, Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Bagi kerusi Ketua Wanita, Noraini, 50, mengenepik­an saingan Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, 63, serta bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, 69.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, ia dimenangi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan, 32, yang mengenepik­an pencabarny­a, Zahrudin Yahya, Shariquq Adam Das, Razali Tushan, Abdul Halim Sidek Ghulam Hassan, Ridzuan Hashim Baki, Safhwan Matusin dan Fariz Hadi.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Rahim pula memenangi kerusi Naib Ketua Wanita menewaskan Ketua Penerangan UMNO Datuk Rosni Zahari, Endang Kusma Mohamed dan Masdiana Salleh. Keputusan rasmi diumumkan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada jam 9.10 malam.

“Turut serta pada majlis pengumuman ialah Asyraf Wajdi, Noraini dan Shahril Sufian. Keputusan penuh pemilihan sayap dan jawatankua­sanya boleh diakses menerusi laman web UMNO,” kata Ab Rauf.

 ??  ?? ZAHIDA Zarik Khan
Ketua Puteri ASYRAF Wajdi Dasuki
Ketua Pemuda NORAINI Ahmad
Ketua Wanita
ZAHIDA Zarik Khan Ketua Puteri ASYRAF Wajdi Dasuki Ketua Pemuda NORAINI Ahmad Ketua Wanita
 ??  ?? ZAHIDA
ZAHIDA
 ??  ?? DR Asyraf
DR Asyraf
 ??  ?? DR Noraini
DR Noraini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia