Harian Metro

Strok ketika bancuh susu

 Ibu lumpuh akibat serangan angin ahmar terlalu rindu nak pangku anak sulung

- Nurul Fatihah Sulaini cnews@nstp.com.my

“Saya terlalu rindu nak pangku, dukung anak dan bancuh susu untuknya seperti sebelum ini,” luah Erni Kamarulzam­an, 31, yang kini lumpuh separuh badan sejak hampir sebulan lalu.

Erni berkata, dia diserang strok ketika bangun pagi membancuh susu anak sulungnya, Nur Airah Husna Shaharuddi­n, tiga bulan, pada jam 7.15 pagi 29 Mei lalu.

Menurutnya, matanya ketika itu tiba-tiba berpinar dan kepala berat, tetapi dia gagahkan diri berjalan ke tepi tingkap bilik untuk membuat susu anak.

“Selepas siap membancuh susu, tiba-tiba badan sebelah kiri dari bawah ke atas terasa kaku dan saya terpaksa mengesot ke katil bagi memberi susu kepada anak.

“Nasib baik waktu itu ada ahli keluarga lalu di tepi bilik dan perasan keadaan diri saya,” katanya pada Program Kunjungan Kasih Sayang Pemuda Umno DUN Langkap di rumah keluargany­a di Kampung Pak Ba, Sungai Tong, kelmarin.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu Ahmad Abaidillah Arifin.

Menurut Erni, dia tidak mengalami masalah kesihatan dan sebelum itu selamat melahirkan bayi secara normal dengan berat 2.78 kilogram pada 5 Mac.

“Sejak bujang hingga berkahwin tahun lalu, memang saya kerap mengalami pening kepala sehingga terpaksa bergantung kepada ubat untuk menghilang­kan rasa sakit,” katanya.

Erni berkata, untuk mengubat kerinduann­ya terhadap anak, ibunya sesekali akan meletakkan Nur Airah Husna di sebelah kanannya dan dia akan menyentuh muka serta mengusapny­a.

Suaminya, Shaharuddi­n Salleh, 41, berkata, Erni sempat keluar bekerja seperti biasa sebagai kerani di syarikat kontraktor di Sungai Tarom, Permaisuri.

“Dia ada mengadu sakit pada Hari Wesak sebelum ini dan pada awalnya kami memanggil tukang urut ke rumah kerana menyangka dia terseliuh urat, tetapi pada tengah hari sama dia dibawa ke Hospital Setiu dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati ada darah beku di kepala disebabkan angin ahmar dan doktor terpaksa melakukan pembedahan dan tempurung kepalanya dikeluarka­n sementara sebelum dipasang beberapa bulan kemudian.

“Erni ditahan di wad selama 16 hari sebelum dibenarkan pulang dua hari sebelum Aidilfitri,” katanya yang memberitah­u isterinya menjalani rawatan susulan dan fisioterap­i setiap minggu.

Ibu Erni, Normah Abdul Rahman, 50, berkata, anak kedua daripada 11 beradik itu tinggal di rumahnya untuk berpantang selepas melahirkan anak.

Ahmad Abaidillah berkata, kunjungan bagi menyerahka­n kerusi roda sumbangan ADUN Langkap Datuk Sabri Mohd Nor dan sumbangan Pemuda UMNO Setiu.

 ??  ?? ERNI melihat anak sulungnya, Nur Airah Husna dipangku suaminya di rumah keluargany­a .
ERNI melihat anak sulungnya, Nur Airah Husna dipangku suaminya di rumah keluargany­a .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia