Harian Metro

Remaja bunuh suami terlepas hukuman mati

-

Khartoum: Hukuman mati terhadap remaja Sudan yang membunuh suaminya yang merogolnya selepas dipaksa kahwin, ditukar kepada penjara lima tahun dalam kes yang menarik perhatian dunia.

Noura Hussein yang kini berusia 19 tahun, mendakwa selepas dia enggan melakukan hubungan seks, suaminya yang berusia 35 tahun, merogolnya dengan bantuan saudara lelaki terbabit yang memegangny­a.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan Sudan membatalka­n hukuman mati terhadapny­a yang dijatuhkan bulan lalu, oleh Mahkamah Syariah negara itu.

Menurut AFP, peguam yang mewakili remaja itu, Al-Fateh Hussein, berkata, mahkamah membatalka­n hukuman mati dan menggantik­annya dengan penjara lima tahun berserta denda 337,500 pound Sudan (RM48,300) kepada keluarga suaminya.

“Hukuman penjara itu bermula sejak remaja berkenaan ditahan,” katanya.

Noura ditahan dipenjara wanita sejak Mei 2017.

Remaja itu ditunangka­n pada usia 16 tahun tetapi menolak untuk dikahwinka­n dan melarikan diri ke rumah saudaranya.

Pada April 2017, dia dipaksa berpindah ke rumah suaminya, Abdulrahma­n Hammad, selepas tamat sekolah menengah.

Apabila dia enggan menerima perkahwina­n itu, pada 2 Mei 2017, suaminya memanggil dua abang dan seorang sepupu lelaki membantuny­a merogol Noura.

Pagi esoknya, lelaki itu sekali lagi cuba merogolnya, namun Noura yang berusaha mempertaha­nkan diri, bergelut lalu menikam suaminya. - Agensi

 ??  ?? NOURA ketika dalam penjara tahun ini. - Agensi
NOURA ketika hari perkahwina­nnya tahun lalu. - Agensi
NOURA ketika dalam penjara tahun ini. - Agensi NOURA ketika hari perkahwina­nnya tahun lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia