Harian Metro

Penjara 24 tahun, 18 sebatan bapa rogol anak kandung

-

Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 18 sebatan ke atas seorang tukang sabit kelapa sawit yang didapati bersalah merogol anak kandungnya berusia 19 tahun, awal tahun ini.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad turut memerintah­kan lelaki berusia 52 tahun itu diberikan kaunseling pemulihan sepanjang tempoh dipenjara.

Berdasarka­n fakta kes, pada hujung Disember 2017, ibu mangsa melarikan diri dari rumah mereka di sebuah kampung di Beluran kerana tidak tahan dengan perbuatan tertuduh yang sering memukulnya.

Selepas ibu mangsa lari, remaja terbabit tinggal berdua bersama bapanya

sebelum tertuduh merogol mangsa bermula 2 Januari 2018 sehingga 7 Februari 2018.

Mangsa kemudian mengadu kepada ibu saudaranya yang tinggal di kampung sama namun tiada tindakan diambil kerana wanita itu takut dengan tertuduh.

Mangsa kemudian menghubung­i abang

kandungnya yang bekerja di bandar ini melalui telefon sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh kemudian ditangkap pada 9 Februari 2018.

Pemeriksaa­n perubatan turut mengesahka­n terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya

Mohd Faisal Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dijatuhi hukuman itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ummu Kalthom turut mengarahka­n tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen sehingga tertuduh dapat membuktika­n dia adalah rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia