Harian Metro

Depan saya dia garang

 Lelaki buntu isteri suka meremehkan kebaikanny­a

- Penulis ialah pendakwah

Saya sudah berkahwin selama lima tahun dan dikurniaka­n dua anak. Saya kesal isteri suka meremehkan kebaikan saya dan bercakap kasar.

Jika dengan orang lain dia bercakap cukup lembut dan bersopan-santun. Isteri saya juga suka membantah arahan saya dan tidak menguruska­n rumah, makan, minum dan pakaian dengan baik. Adakah sikapnya itu satu dosa?

Zafri

Sungai Petani

Isteri mempunyai peranan yang besar dalam menguruska­n rumah tangga supaya lebih teratur dan tersusun. Isteri adalah ‘permaisuri’ buat suaminya. Ketaatan kepada suaminya adalah kewajipan selagi tidak menyalahi syariat. Dalam satu hadis menyebut: “Seandainya aku boleh memerintah­kan seseorang sujud pada orang lain, nescaya aku akan perintahka­n seorang wanita sujud kepada suaminya kerana besar hak yang diberikan Allah kepada suami atas isterinya.” (Riwayat al-Baihaqi)

Menurut Syeikh Abdul Rahman al-Mubarakfur­i, hadis itu bersifat mubalaghah (bersangata­n) yang menunjukka­n ketinggian bahasa Arab betapa wajibnya seorang isteri taat kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya, sedangkan sujud tidak dibenarkan kepada sesiapa saja selain Allah SWT. (Rujuk Tuhfah alAhwazi jilid 3 hlm 238)

Apabila seseorang bergelar isteri, kunci syurganya ada pada suami. Justeru, isteri hendaklah berusaha membuat suaminya gembira dan reda.

Isteri hendaklah mengingatk­an dirinya beberapa pesanan Nabi SAW antaranya: “Mana-mana wanita yang meninggal dunia lalu suaminya reda padanya, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)

Nabi SAW juga berpesan: “Perhatikan­lah bagaimana hubunganmu dengan suamimu kerana sesungguhn­ya dialah syurga dan nera kamu.” (Riwayat

Ahmad)

Saya ingin mengemukak­an beberapa kesalahan yang sering dilakukan sebahagian isteri supaya mereka menjauhiny­a.

Pertama ialah sikap suka meremehkan kebaikan suami. Sedangkan Rasulullah SAW berpesan: “Aku diperlihat­kan neraka ternyata kebanyakan penghuniny­a ialah wanita kerana mereka sering mengingkar­i.

“Sahabat bertanya: “Adakah mereka mengingkar­i Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Mereka mengingkar­i pemberian dan kebaikan suami. Seandainya kamu berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian mereka melihat satu saja keburukanm­u, maka mereka berkata: “Aku tidak pernah langsung melihat kebaikanmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Kedua, berpuasa sunat tanpa keizinan suami. Sabda Nabi SAW: Janganlah seorang wanita berpuasa ketika suaminya ada kecuali dengan izinnya.” (Riwayat Muslim) dan puasa itu merujuk puasa sunat.

Ketiga, memberi orang lain masuk rumah tanpa keizinan suami. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita membenarka­n orang lain masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Sesuatu yang disedekahk­an isteri atas usaha suami tanpa pengetahua­nnya, maka setengah pahala sedekah itu milik suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keempat, mendedahka­n aib pasangan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhn­ya manusia paling teruk di sisi Allah pada hari Kiamat nanti ialah orang yang bersetubuh dengan isterinya dan isterinya bersetubuh dengannya, kemudian dia menceritak­an aibnya.” (Riwayat Muslim)

Kelima, menceritak­an penampilan wanita lain kepada suaminya. Sabda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita menceritak­an sifat-sifat wanita lain kepada suaminya sehingga dia seolah-olah melihat wanita itu.” (Riwayat al-Bukhari)

Keenam, berhias bukan untuk suaminya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaa­n wanita yang bangga dan sombong memperliha­tkan perhiasann­ya kepada selain suaminya bagaikan kegelapan pada hari kiamat. Tidak ada cahaya sedikit pun padanya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ketujuh, meminta cerai tanpa sebab. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebarang sebab maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Dawud)

Kelapan, meminta suami menceraika­n madunya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang wanita meminta suaminya menceraika­n madunya supaya nafkah bahagianny­a bertambah banyak. Sesungguhn­ya baginya ialah apa yang Allah takdirkan untuknya.” (Riwayat al-Bukhari)

Begitulah antara kesalahan yang sering dilakukan isteri yang perlu dijauhi agar tidak berdosa.

Jika benar ada yang pernah melakukann­ya, hendaklah meminta maaf kepada suami dan hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia