Harian Metro

Rayu diserap ke jawatan tetap

-

Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan menyerap Pembantu Tadbir dan Pembantu Guru gred N17/N19 ke jawatan tetap atau meneruskan kontrak mereka.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, 412 Pembantu Tadbir dan Pembantu Guru di bawah kesatuan itu kini berdepan dengan masalah penganggur­an kerana tiada kata putus penyambung­an kontrak mereka.

Beliau berharap kerajaan melihat kembali keberkesan­an jawatan itu kerana mampu membantu mengurangk­an beban yang dihadapi guru ketika ini.

“Mereka ini bukannya guru, lebih mudah mereka ini bekerja seperti kerani dan antara tugas yang dilakukan ialah mengambil laporan salah laku murid atau disiplin, memasukkan maklumat dalam sistem serta membantu di perpustaka­an.

“Selain itu, mereka mendapat latihan dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran masa. Untuk rekod, semua pembantu tadbir ini sudah enam tahun berkhidmat selepas jawatan itu diwujudkan pada 2012.

“Disebabkan jawatan ini projek perintis, hanya diadakan di semua sekolah rendah dan menengah di Kedah, Melaka dan Sabah. Namun di Sabah hanya bertahan setahun dan tamat 2013,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahka­n memorandum kepada wakil pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Penyerahan itu turut disertai Presiden NUTP, Kamarozama­n Abd Razak.

Tan berkata, semua kontrak pembantu tadbir dan pembantu guru itu tamat semalam di Kedah, manakala Melaka pula akan ditamatkan hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia