Harian Metro

Pilihan raya berdarah

- Agensi

Seramai 132 calon pilihan raya Mexico mati dibunuh dalam tempoh sembilan bulan lalu, satu angka yang amat membimbang­kan, lapor sebuah firma analisis risiko dan pengurusan krisis, Etellekt.

Dalam laporannya, ia menyatakan 22 daripada 32 negeri di Mexico menyaksika­n pembunuhan bermotif politik sejak kempen bermula, September lalu, lapor CNN.

“Keadaan ini menunjukka­n ada pihak mencabar keselamata­n dan urus tadbir demokratik di lokasi berkenaan dan ada kemungkina­n melumpuhka­n sesebuah parti politik,” kata firma itu.

Antara insiden paling mengejutka­n berlaku awal bulan ini apabila calon Kongres, Fernando Puron ditembak dari belakang ketika merakamkan swafoto dengan seorang penyokong di negeri utara Coahuila.

Puron adalah anggota Parti Revolusi Institusi yang kehilangan 12 calon kerana serangan bersenjata.

Mexico dijadual mengadakan pilihan raya umum pada 1 Julai ini bagi memilih presiden baru negara itu, 128 anggota Senat dan 500 wakil di Dewan Rendah.

Motif serangan tidak jelas tetapi kartel dadah dipercayai dalang kebanyakan pembunuhan itu, lapor CNN.

Banyak pihak mengkritik Presiden Enrique Pena Nieto yang berkuasa pada 1 Disember 2012, kerana gagal mengawal jenayah berkaitan dadah ketika mentadbir Mexico.

 132 calon wakil rakyat Mexico dibunuh sepanjang kempen

Nieto tidak layak bertanding kerana perlembaga­an Mexico menetapkan seseorang itu hanya boleh memegang jawatan presiden selama satu penggal sahaja.

Bagaimanap­un, pembunuhan bukanlah satu-satunya jenayah yang dihadapi Mexico dan setakat ini pihak berkuasa merekodkan 543 insiden termasuk menculik dan peras ugut.

 ??  ?? GAMBAR dari kamera keselamata­n menunjukka­n detik-detik seorang lelaki (dalam bulatan) menembak Puron dari belakang ketika mangsa berswafoto dengan seorang penyokong. - Agensi
GAMBAR dari kamera keselamata­n menunjukka­n detik-detik seorang lelaki (dalam bulatan) menembak Puron dari belakang ketika mangsa berswafoto dengan seorang penyokong. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia