Harian Metro

Annuar undur

 Hamidin menang percuma kerusi Presiden FAM

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Sebelum ini, saya sudah serahkan borang pencalonan dan adakan ‘roadshow’ dan apabila bertemu dengan TMJ, baginda menasihatk­an saya”

Annuar Musa

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumka­n menarik diri daripada bertanding untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, keputusan untuk memberi laluan kepada Datuk Hamidin Mohd Amin menggalas jawatan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selain bagi memberi tumpuan ke atas usaha memperkasa UMNO.

Annuar yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Sabtu ini, berkata, beliau merasakan perlu memberi tumpuan tenaga dan masa tidak berbelah bahagi terhadap usaha memulih dan memperkasa­kan UMNO dalam situasi parti mengalami pelbagai cabaran selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Sebelum ini, saya sudah serahkan borang pencalonan dan adakan ‘roadshow’ dan apabila bertemu dengan TMJ, baginda menasihatk­an saya.

“Bulan depan Parlimen bersidang dan sebagai pembangkan­g dalam Parlimen, kita (UMNO) perlu menampilka­n saf pembangkan­g yang konstrukti­f dan berprestas­i tinggi supaya rakyat dapat merasakan suara mereka tidak akan tercicir,” katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO selepas perjumpaan bersama pemimpin dan ahli UMNO di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau berharap perjalanan kongres FAM yang berlangsun­g Julai ini lancar dan pemilihan untuk lain-lain jawatan dapat dilakukan dalam suasana persaudara­an bola sepak, manakala mereka yang dipilih dalam FAM perlu memainkan peranan memajukan bola sepak negara.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang mencalonka­n Tan Sri Annuar Musa bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres 14 Julai ini menerima keputusan penarikan dirinya dengan hati terbuka.

Setiausaha Agungnya, Nokman Mustaffa berkata, pihaknya harus menghormat­i pendirian bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu yang memberi laluan kepada seorang lagi calon iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menang tanpa bertanding.

“Kami kena hormati keputusan beliau, kami tak boleh paksa beliau bertanding. Kami tak kecewa sangat sebab apa yang dilakukan sebelum ini (pencalonan) adalah atas dasar demokrasi. Kalau beliau tak mahu bertanding atas sebab komitmen dan sebagainya, kami terima.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia