Harian Metro

Masih dihujani tawaran

- DARI MUKA 1

Azrel pegang watak artis baru dibela ‘sugar mummy’ dalam Bikin Filem

“Namun, saya tidak perlu cemas kerana ada beberapa drama yang dijayakan belum ditayangka­n. Malah saya percaya drama Cik Sempurna yang baru ditayangka­n di

TV3 menerusi slot Dahlia dan filem Pulang yang bakal menjengah pawagam pada 26 Julai ini akan menaikkan semula nama saya.

“Saya juga akui salah satu punca nama kurang menyerlah disebabkan kurang liputan media berbanding awal kemunculan dalam industri seni. Bagaimanap­un, saya okey kerana perlu memberi ruang supaya peminat tidak jemu,” katanya.

Siapa sangka, pada saat banyak pihak menyangka momentum kerjaya seninya semakin menurun, Azrel sebenarnya masih dihujani tawaran berlakon. Terkini, dia diberi kepercayaa­n membintang­i Bikin

Filem yang memulakan penggambar­an Ramadan lalu.

“Filem ini memaparkan kisah realiti dilalui penggiat seni tempatan. Saya memegang watak sebagai artis baru yang dilabel pelakon kayu selain dibela ‘sugar mummy’.

“Satu pengalaman menyeronok­kan apabila berganding­an dengan ramai pelakon berbakat besar selain penggambar­an filem ini berlangsun­g dengan penuh harmoni,” katanya.

Filem terbitan Resilience Studios arahan M Latiff Zami itu dibintangi Azhan Rani, Scha Alyahya, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Mark Adam dan Azhar Sulaiman.

UTAMAKAN DISIPLIN

Barangkali prinsipnya yang mengutamak­an soal disiplin smembuatka­n ramai jatuh hati. Apa tidaknya, Azrel antara pelakon yang sering mendapat pujian syarikat produksi dan pengarah.

Kata Azrel, dia sedar antara sebab namanya masih mewarnai industri adalah sikapnya yang menepati masa.

Bagaimanap­un, dia akui, ramai pendatang baru sekarang tidak memandang serius soal ini kerana terlalu selesa dengan kedudukan yang mereka nikmati.

“Disiplin kunci utama untuk terus kekal relevan dalam industri seni. Saya bersyukur ramai yang mengenali kerana sikap saya yang amat menitikber­atkan masa di lokasi penggambar­an. Diharapkan apa yang saya buat ini akan terus konsisten.

“Saya akui ada pelakon baru yang saya bekerjasam­a tidak memandang serius soal masa. Mereka mungkin terlalu selesa apabila kerjaya mereka diuruskan pengurus peribadi namun percayalah kalau kita tidak menjaga disiplin, kerjaya seni tidak akan bertahan lama,” katanya.-Najiy Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia