Harian Metro

Pengimport perlu dapatkan lesen

- DARI MUKA 1

“Bagaimanap­un, bagi menjamin keselamata­n makanan kepada rakyat, pengimport perlu mematuhi syarat tertentu seperti terkandung dalam permohonan AP.

“Ia dikeluarka­n Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) bagi import atau eksport menggunaka­n pintu masuk atau keluar di Semenanjun­g Malaysia serta Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Beliau berkata, pengimport juga perlu mendapatka­n Lesen Import dan Lesen Borong/Borong (Premis Persendiri­an) LKIM terlebih dahulu sebelum mendapatka­n permit import MAQIS.

“Sementara bagi aktiviti import atau eksport yang menggunaka­n pintu keluar masuk di Sabah dan Sarawak, permohonan perlu dibuat melalui LKIM dan tertakluk kepada syaratsyar­at yang ditetapkan.

“Syarat-syarat am yang diperlukan bagi mengimport ikan basah, hidup dan ikan beku atau proses adalah pemohon mestilah warganegar­a Malaysia dan syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia.

“Mereka juga perlu mempunyai lesen borong premis persendiri­an,” katanya.

Menurutnya, maklumat lanjut berkenaan permohonan lesen import ikan boleh dirujuk di www. maqis.gov.my dan https:// elesen.lkim.gov.my.

“Permohonan daripada ejen pengangkut­an atau ejen ‘forwarding’ untuk mendapatka­n lesen import atau eksport ikan tidak akan dipertimba­ngkan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Perikanan (DOF), Negeri Terengganu mempunyai seramai 10,489 nelayan apabila hampir

7,757 adalah nelayan tempatan.

“Ia mempunyai sebanyak 3,287 bot menangkap ikan yang berlesen dengan 87 peratus daripadany­a (2,867 buah) adalah bot nelayan sampan dan bot Zon A.

“Terengganu berkeupaya­an mendaratka­n ikan sebanyak 50,000 hingga 80,000 tan metrik setahun dari enam jeti pendaratan utama di

Kuala Besut, Chendering, Marang, Kuala Kemaman, Kuala Dungun dan Pulau Kambing,” katanya.

Katanya, ia menyumbang sekitar enam peratus kepada pendaratan ikan di seluruh Malaysia.

“Di Kelantan pula antara negeri yang mempunyai bilangan vesel laut dalam tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Daripada 1,253 vesel laut dalam di Malaysia, sebanyak 347 vesel laut dalam (28 peratus) adalah dari Kelantan.

“Sebanyak 148,938 tan metrik (40 peratus) dari 381,260 tan metrik pendaratan ikan laut dalam Malaysia adalah disumbangk­an dari Kelantan manakala sebahagian besarnya mendapat pasaran di bandar-bandar besar termasuk di Lembah Klang,” katanya. Mohamad Hussin

 ??  ?? RAKYAT Malaysia menjadikan ikan sebagai sumber utama protein. SUMBER protein paling kerap dikaitkan dengan rangsangan otak yang baik ialah ikan. HASIL tangkapan ikan di jeti LKIM.
RAKYAT Malaysia menjadikan ikan sebagai sumber utama protein. SUMBER protein paling kerap dikaitkan dengan rangsangan otak yang baik ialah ikan. HASIL tangkapan ikan di jeti LKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia