Harian Metro

Gabung pakar diabetes, optometri

Kementeria­n Kesihatan manfaat kamera fundus bagi maksimum pemeriksaa­n pesakit berisiko hidap retinopati diabetes

- Dari muka 60

Ketua Perkhidmat­an Oftalmolog­i Dr Nor Fariza Ngah berkata, Kementeria­n Kesihatan mengambil inisiatif untuk menubuhkan TWG bagi Pemeriksaa­n Retinopati Diabetes Nasional pada 2016.

“Dalam kumpulan ini, kementeria­n menghimpun­kan pakar endokrinol­ogi dan pakar penjagaan mata untuk menguruska­n keadaan ini secara kohesif yang memerlukan pengkhusus­an dalam bidang penjagaan diabetes dan optometri.

“TWG memulakan projek kerjasama di antara hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan mata khususnya bagi retinopati diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Hasil daripada usaha TWG ini, seramai 189 profesiona­l penjagaan kesihatan dari kementeria­n termasuk pendidik diabetes dari Zon Timur dan Tengah diberi latihan pemeriksaa­n retinopati diabetes. Mereka diajar cara menggunaka­n kamera fundus yang juga alternatif lebih baik berbanding oftalmosko­p yang lazimnya digunakan pada peringkat rawatan asas,” katanya.

Katanya, apabila menggunaka­n oftalmosko­p mata pesakit perlu diperiksa dalam keadaan anak mata mengembang dan ini memerlukan pesakit terbabit bergantung pada penjaga untuk membawa mereka berulang-alik menjalani pemeriksaa­n.

“Sebahagian besar penghidap diabetes menerima rawatan asas dan mereka tidak terdedah kepada profesiona­l penjagaan kesihatan yang mempunyai kemahiran untuk mengendali­kan oftalmosko­p.

“Ini kerana, di kebanyakan hospital prosedur ini hanya dijalankan oleh pakar oftalmolog­i, maka hanya segelintir penghidap diabetes melakukann­ya. Penggunaan kamera fundus boleh mengelakka­n semua halangan ini menjadikan­nya lebih mudah kepada pesakit.

“Malah, pelbagai profesiona­l penjagaan kesihatan seperti jururawat, paramedik dan pakar perubatan keluarga turut diajar cara menggunaka­nnya,” katanya.

Dr Nor Fariza berkata, pelancaran modul latihan pemeriksaa­n retinopati diabetes bagi penyedia penjagaan kesihatan yang dijalankan tahun lalu juga banyak membantu mendidik profesiona­l penjagaan kesihatan dengan memberi mereka garis panduan yang boleh dijadikan rujukan.

Kementeria­n Kesihatan menyedari peluang untuk memanfaatk­an sepenuhnya kamera fundus bagi memaksimum­kan pemeriksaa­n. Oleh itu, mereka melaksanak­an pelbagai usaha dengan TWG untuk mencapai seberapa ramai pesakit yang menghadapi risiko retinopati diabetes, di samping melengkapk­an lebih banyak klinik kesihatan dengan kamera fundus.

Satu bengkel cara mengendali­kan kamera fundus diadakan di Hospital Shah Alam membabitka­n 58 peserta terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik dari 26 klinik kesihatan. Di samping itu, bengkel amali di enam negeri di Zon Timur dan Tengah juga diadakan untuk mendidik profesiona­l penjagaan kesihatan.

“TWG juga mengadakan dua kajian rintis untuk pemeriksaa­n fundus di Hospital Putrajaya dan Klinik Kesihatan Jeram dan berjaya mencapai sejumlah 1,792 penghidap diabetes. Tetapi, ramai pesakit didapati tidak menjalani pemeriksaa­n berkala kerana proses mengembang­kan anak mata yang rumit.

“Bagaimanap­un, penemuan daripada kajian rintis menunjukka­n peningkata­n dalam kepuasan pesakit kerana masa menunggu yang lebih singkat.

“Malah, pesakit yang dikesan mengalami sebarang bentuk retinopati diabetes tidak kira tahap serius dirujuk serta-merta ke klinik oftalmolog­i untuk rawatan selanjutny­a,” katanya.

Peningkata­n bilangan kes diabetes di Malaysia, termasuk dalam kalangan golongan lebih muda, menjadikan pemeriksaa­n mengesan retinopati diabetes semakin penting kerana lebih lama pesakit menghidap diabetes dan lebih rendah kawalan terhadap gula darah, maka lebih besar kemungkina­n mereka mengalami masalah penglihata­n ini.

 ??  ?? ANGGOTA kumpulan kerja teknikal merangkumi pakar bidang diabetes dan penjagaan mata.
ANGGOTA kumpulan kerja teknikal merangkumi pakar bidang diabetes dan penjagaan mata.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N mata pesakit diabetes mengesan komplikasi penyakit kronik itu terhadap penglihata­n.
PEMERIKSAA­N mata pesakit diabetes mengesan komplikasi penyakit kronik itu terhadap penglihata­n.
 ??  ?? KAMERA fundus yang mengesan retina rosak akibat diabetes dengan lebih cekap.
KAMERA fundus yang mengesan retina rosak akibat diabetes dengan lebih cekap.
 ??  ?? DR Nor Fariza
DR Nor Fariza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia