Harian Metro

Boleh hidup sebulan lagi 24 ISTERI, 149 ANAK

- Agensi

Mae Sai (Thailand): Penyelam tentera laut berjaya masuk sejauh beberapa kilometer ke dalam gua di sini, semalam, yang ditenggela­mi banjir bagi mencari 12 remaja dan jurulatih mereka yang sudah tujuh hari terperangk­ap di dalam gua berkenaan.

Mereka sampai ke satu persimpang­an dalam gua berkenaan yang dipercayai dua atau tiga kilometer dari lokasi remaja berusia antara 11 hingga 16 tahun itu berada.

Menurut Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanako­rn, pasukan penyelamat masih belum dapat berhubung dengan semua mangsa.

Menurutnya, hujan lebat sejak seminggu lalu menjadi halangan besar usaha mencari dan menyelamat.

Pasukan perubatan mengadakan latihan termasuk cara membawa mangsa keluar dari gua Tham Luang sebaik mereka ditemui dengan ambulans serta helikopter disediakan.

Tumpuan diberi terhadap peluang remaja dan jurulatih mereka selamat tanpa makanan atau cahaya dalam gua itu. Suruhanjay­a Penyelamat Gua Kebangsaan Amerika Syarikat, Anmar Mirza, berkata, tanpa makanan, remaja terbabit boleh hidup sehingga sebulan setengah, namun terpulang kepada tahap ketahanan masing-masing. - AFP

Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalka­n poligami.

Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.

Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwina­nnya itu.

Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.

Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.

Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.

Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamenta­lis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwina­n berganda.

Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaska­n mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.

Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.

“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitah­u tiada hukuman boleh menghalang­nya daripada mengamalka­n apa yang dipercayai­nya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.

Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalka­n poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.

“Saya bersalah kerana menghidupk­an agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikann­ya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu.

 Dua lelaki dihukum selepas didapati

bersalah amal poligami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia