Harian Metro

‘DARURAT’ 5 TAHUN

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@nstp.com.my

“Walaupun ramai marahkan saya namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe (suami) mahukan saya dan saya sendiri sayangkann­ya,” demikian tegas seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi isteri ketiga seorang peraih getah berusia 41 tahun. Menurut budak itu, mereka yang bernikah pada Aidilfitri keempat lalu berpegang kepada janji untuk tidak bersama sebagai suami isteri bagi tempoh lima tahun lagi.

Hampir dua minggu berkahwin namun tidak pernah tidur bersama. Itu yang diberitahu budak perempuan berusia 11 tahun dari sini yang menjadi isteri ketiga seorang peraih getah berusia 41 tahun.

Mereka bernikah di Selatan Thailand pada Syawal keempat lalu yakni 18 Jun secara rahsia namun perkahwina­n itu terbongkar apabila gambar mereka dimuat naik di Facebook oleh madu kedua budak perempuan itu.

Budak perempuan berkenaan berkata, dia sedar perkahwina­nnya tidak direstui dan ramai pihak memandang serong namun dia tidak berhasrat untuk bercerai dengan suaminya.

“Kami belum pernah tidur bersama lagi kerana Abe (suami) berjanji yang kami akan tinggal bersama (seperti suami isteri biasa) lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkann­ya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dia yang juga warga Thailand berkata, mereka berkahwin selepas ibu bapanya merestui hubungan itu dan dibawa sendiri oleh mereka ke negara jiran untuk melangsung­kan pernikahan.

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyaka­n saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkann­ya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah. Saya sudah lama kenal Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.

“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya.

Sementara itu, bapanya berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Abu memberitah­u sudah 20 tahun mereka tinggal di daerah ini dan bekerja sebagai penoreh getah.

Katanya, hasil getah yang diperoleh ada kalanya dijual kepada lelaki berkenaan yang kini menjadi menantunya.

“Seminggu sebelum raya, menantu saya datang menyampaik­an hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu dan sekiranya saya bersetuju, majlis pernikahan

akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.

“Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda namun menantu saya memaklumka­n dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan anak saya.

“Malah, menantu juga memaklumka­n dia hanya akan menjalani kehidupan suami isteri, mendaftark­an perkahwina­n dan mengambil anak saya tinggal bersama lima tahun lagi, menyebabka­n saya terima lamaran itu,” katanya.

Abu berkata, perkahwina­n anaknya kini menjadi bualan mulut orang ramai namun anaknya tidak tertekan mahupun sedih, malah masih mampu keluar rumah.

“Apa yang berlaku selepas ini saya serahkan kepada menantu saya untuk menguruska­nnya. Saya sudah lama kenal dengan menantu kerana sebelum ini kami sekeluarga menyewa di sebelah rumah isteri pertamanya.

“Anak saya juga berkawan baik dengan anak menantu dengan isteri pertama. Sebelum ini, ketika menantu saya bercuti ke mana-mana, mereka juga akan membawa anak saya bersama,” katanya.

Walaupun perkahwina­n itu berlangsun­g di negara jiran, pihak lelaki dan wanita perlu memohon kebenaran mahkamah” Daud Muhammad

Pihak kami tidak pernah melakukan proses perkahwina­n pasangan itu yang gambar majlis akad nikah mereka tular di Facebook” Abdul Aziz Che Mamat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Isteri ?? Walaupun ramai yang marahkan saya namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkann­ya”
Isteri Walaupun ramai yang marahkan saya namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkann­ya”
 ??  ??
 ??  ?? Isteri kedua 4 anak
Isteri kedua 4 anak
 ??  ??
 ??  ?? Isteri pertama 2 anak
Isteri pertama 2 anak
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia