Harian Metro

Isteri masih kanak-kanak

-

Kota Bharu: Usianya baru 11 tahun tetapi sudah bergelar isteri apabila berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun, baru-baru ini.

Perkahwina­n dipercayai berlangsun­g di Selatan Thailand itu tular selepas isteri kedua lelaki berkenaan memuat naik beberapa status dan gambar di laman Facebook (FB) miliknya memaklumka­n perkahwina­n membabitka­n suaminya itu.

Bagaimanap­un sehari selepas memuat naik status itu di FB, wanita itu yang hanya dikenali sebagai

Sue berkata, suaminya menafikan berita itu atas alasan adalah tidak munasabah untuk berkahwin dengan kanak-kanak semuda itu meskipun dia sudah berkahwin sebenarnya.

“Suami juga beritahu bahawa gambar perkahwina­n ketiganya itu yang saya dapat daripada madu sulung (isteri pertama) sudah disunting,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sue memberitah­u hanya mengetahui suaminya sudah berkahwin selepas dimaklumka­n madunya berusia 41 tahun yang tinggal di daerah sama menerusi komunikasi WhatsApp.

Menurut Sue, madunya memaklumka­n suami mereka berkahwin di Selatan Thailand pada Aidilfitri keempat (18 Jun) dan turut ditemani ibu kanak-kanak itu.

“Saya ada bertanya suami sama ada betul atau tidak dia berkahwin dengan kanak-kanak itu yang juga tinggal di daerah ini tetapi dia beriya menafikann­ya.

“Saya tidak marah dia berkahwin lagi, namun tidak bersetuju kerana isteri baru itu masih kanak-kanak dan berkawan pula dengan anak tiri saya (anak isteri pertama) yang berusia 15 tahun.

“Sebelum mereka berkahwin, saya ada dengar khabar angin daripada penduduk kampung bahawa suami akan berkahwin dengan budak itu tetapi ketika itu lagi dia menafikann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia