Harian Metro

Cekik leher, ugut tumbuk

 Doktor pelatih dibuli disaran tampil bersuara kepada pihak berkuasa

- Saadiah Ismail saadiah_ismail@nstp.com.my

Doktor pelatih yang dibuli pihak atasan disarankan untuk berani melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa supaya tidak berdepan tekanan atau trauma yang teruk.

Perkara itu didedahkan seorang doktor pelatih dikenali sebagai James yang bertugas di Hospital Ampang (HA) apabila beliau dibuli seorang doktor pakar dengan pelbagai ancaman dan ugutan terhadapny­a.

Katanya, situasi paling teruk dihadapi ialah doktor pakar itu mencekik leher bajunya di hadapan pegawai perubatan, jururawat dan pesakit hanya disebabkan beliau salah memberi jawapan atas soalan yang diajukan.

“Dia mencekik leher baju saya dengan kuat dan menjerit seolah-olah hilang pertimbang­an di hadapan semua orang. Dia juga mengugut untuk menumbuk muka saya.

“Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku memandangk­an, saya bertugas sebagai dok- tor pelatih dan kami di bawah tanggungja­wab pegawai perubatan.

“Ketika dibuli itu, semua orang tidak melakukan apa-apa sedangkan perkara itu salah. Ia menjadikan saya trauma dan berdepan tekanan yang teruk hingga terpaksa membuat laporan polis terhadapny­a,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

James berkata, perkara itu memberi implikasi negatif kepada doktor pelatih lain untuk terus berjuang dalam karier berkenaan hanya semata-mata disebabkan oleh tindakan buli itu.

“Malah kata-kata kesat hingga menyentuh perihal keluarga, lucah hingga menjatuhka­n moral doktor pelatih itu antara sebab mengapa ramai bakal doktor muda tidak dapat meneruskan karier itu, sedangkan banyak wang sudah dibelanjak­an untuk merealisas­ikan cita-cita kami.

Sebelum ini, James turut membuat laporan polis terhadap doktor pakar berkenaan pada April lalu memandangk­an sering dibuli. Kini, beliau terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana trauma dengan perkara yang dilalui.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, budaya toksid dalam bidang profesiona­l ini harus dihentikan segera kerana boleh mengganggu tugasan.

“Saya sudah mengarahka­n pihak atasan untuk menyiasat perkara itu hingga ke peringkat bawahan,” katanya dalam Twitternya baru-baru ini.

 ?? Dr Dzulkefly Ahmad ?? Budaya toksid dalam bidang profesiona­l ini harus dihentikan segera kerana boleh mengganggu tugasan”
Dr Dzulkefly Ahmad Budaya toksid dalam bidang profesiona­l ini harus dihentikan segera kerana boleh mengganggu tugasan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia