Harian Metro

Segera rujuk mahkamah syariah

-

Kota Bahru: Lelaki dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang bernikah sehingga tular di Facebook sejak beberapa hari lalu diminta ke mahkamah syariah segera untuk merujuk perkahwina­n mereka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, langkah itu untuk meneliti status perkahwina­n di negara jiran itu sama ada sah atau sebaliknya.

Menurutnya, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa berbuat demikian mengikut peruntukan sedia ada.

“Dari segi hukum syarak itu kalau mendapat keizinan dari wali tiada masalah dan dari segi peraturan ada kanak-kanak bawah umur perlu mendapat kebenaran mahkamah.

“Peraturan itu ditetapkan untuk menjaga kemashalat­an kanak-kanak bawah umur, kalau mahkamah dapati tidak wajar mungkin mahkamah tidak luluskan.

“Pada masa sama, mahkamah perlu teliti sama ada perkahwina­n di negara jiran itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk berkaitan jarak, wali dan imam (tok kadi) yang berkelayak­an. Antara langkah dilakukan dengan merujuk pihak di Thailand untuk mengesahka­n perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai janji lelaki itu yang hanya menjalani kehidupan suami isteri dalam tempoh lima tahun, Mohamad berkata, perkara itu terserah kepada individu itu.

“Itu janji, kalau dia langgar maksudnya dia tidak menepatiny­a tetapi dari segi hukum syarak sekiranya perkahwina­n itu sah mereka boleh duduk bersama.

“Dan sekarang persoalan pokok sekarang adalah status perkahwina­n itu sah atau tidak, perlu dirujuk dan diteliti mahkamah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia