Harian Metro

Dapat izin selepas janji nikah gantung

-

Suami kepada kanak-kanak berusia 11 tahun, Che Abdul Karim Che Hamid, mengakui pada awalnya sukar memujuk ibu bapa kanak-kanak itu untuk memberi keizinan kepadanya bagi mengahwini anak mereka sehingga dia berjanji ‘nikah gantung’.

Che Abdul Karim, 41, berkata, dia memberi akujanji hanya akan tinggal bersama kanak-kanak yang dipanggil Ayu itu ketika usianya mencapai 16 tahun.

“Selepas itu, ibu bapa Ayu izinkan kami berkahwin dengan syarat usia anak mereka 16 tahun untuk dibawa tinggal bersama.

“Dengan persetujua­n itu, kami pergi ke Mundok dekat Sungai Golok, Thailand untuk berkahwin. Bapa Ayu hadir sebagai wali,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada Aidilfitri keempat lalu (18 Jun) tanpa pengetahua­n isteri pertama dan kedua

Che Abdul Karim.

Peraih getah itu berkata, pelbagai tuduhan diterima pasangan itu termasuk dakwaan isteri pertama dan kedua peraih getah itu kini sedang menuntut cerai.

“Mereka (media sosial) menuduh isteri pertama dan kedua menentang (perkahwina­n) dan menuntut cerai, perkara ini tidak benar,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Lalang, Kuala Betis di sini, semalam.

Ayu pula ketika ditemui di rumahnya di Panggong Lalat di sini, berkata dia sedia menunggu ‘abe’ (panggilan abang untuk Che Abdul Karim) sehingga umurnya 16 tahun untuk tinggal bersama.

Katanya, dia tidak peduli dengan cemuhan masyarakat terhadap diri dan keluargany­a kerana pernikahan itu hadir daripada hati yang suci.

“Isu usia yang mentah tidak timbul kerana pernikahan itu lahir daripada cinta dan saya sangat menyayangi suami. Saya juga sudah lama berbaik dengan dua madu ketika belum bernikah lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia