Harian Metro

TAK SAH, MESTI DIPISAH

Lelaki 41 tahun gagal dikesan disyaki sudah menyorokka­n diri

- cnews@nstp.com.my

“Perkahwina­n itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merujuk perkahwina­n seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang peraih getah untuk menjadi isteri ketiga di Gua Musang, Kelantan Aidilfitri keempat lalu.

Kisah perkahwina­n gadis

cilik itu yang juga warga Thailand tular di media sosial sejak Jumaat lalu hingga menarik perhatian netizen kerana perkahwina­n itu dianggap berkahwin dengan kanak-kanak.

Beliau berkata, perkahwina­n pasangan terbabit tidak sah dari segi undang-undang kerana perkahwina­n itu tidak mendapat kelulusan mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang lebih tua.

“Selain itu kerana kanak-kanak perempuan itu masih di bawah umur iaitu 11 tahun,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangs­a, semalam.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuas­akan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki untuk berkahwin adalah 18 tahun manakala bagi perempuan adalah 16 tahun.

Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwina­n hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujua­n ibu bapa mereka.

Wan Azizah yang yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, usaha pegawai kementeria­n untuk menjejaki lelaki berkenaan di Gua Musang gagal apabila individu itu kini bersembuny­i.

“Saya sudah arahkan pegawai menjejakin­ya, tetapi menerusi perbualan telefon semalam, usaha mendapatka­n keterangan dan butiran lanjut itu gagal kerana beliau (suami kanak-kanak berumur 11 tahun) lari serta sembunyika­n diri.

“Kita perlu perhalusi kes ini secara menyeluruh kerana berdasarka­n perincian hakim Mahkamah Syariah yang saya temui, perkahwina­n mereka tidak sah dan terbatal kerana tidak mendapat kelulusan mahkamah.

“Kita juga difahamkan mungkin wujud unsur tekanan terhadap kanak-kanak perempuan ini, mencakupi aspek kemiskinan dan faktor persekitar­an kerja kerana lelaki terbabit dikatakan majikan keluarga itu,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah berkata, penelitian terhadap kes terbabit perlu dibuat secara menyeluruh dengan memastikan hak dan kepentinga­n kanak-kanak berkenaan sentiasa diutamakan walaupun bukan warga Malaysia.

Katanya, ia termasuk kemungkina­n wujud unsur jenayah dalam perkahwina­n terbabit, sekali gus memberikan tekanan kepada keluarga kanak-kanak perempuan berkenaan menerima lamaran.

Kita juga difahamkan mungkin wujud unsur tekanan

Wan Azizah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia