Harian Metro

‘Lara Alana mudah tersentuh’

- Ridzuan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon popular Scha Alyahya mengakui hati anaknya, Lara Alana mudah tersentuh terutama ketika mendengar lagu sedih.

Scha, 35, turut menyifatka­n anaknya yang berusia empat tahun itu pandai ‘berdrama’ dan memberikan maklum balas spontan setiap kali diperdenga­rkan lagu berentak sebegitu.

“Lara memang tidak boleh dengar lagu sedih. Dia mudah tersentuh dan menangis. Sudah lama saya perasan perkara ini. Dia macam Awal yang pandai ‘berdrama’. “Bagi orang luar yang melihat kanak-kanak seusia dengannya memahami dan menjiwai sesebuah lagu sesuatu yang mengejutka­n. Malah, pasang lagu sedih walaupun lagu budak-budak pun dia akan menangis.

“Sebab itu, sebelum tidur saya dan suami biasakan dia dengar ayat-ayat suci al-Quran. Alhamdulil­lah, sampai sekarang dia boleh baca sikit-sikit meski belum lancar,” katanya.

Gelagat Lara itu menarik perhatian media yang hadir pada sambutan majlis rumah terbuka mereka, Schawalara yang diadakan di Dewan D’Levender, Bukit Damansara malam kelmarin.

Kebetulan ketika itu seorang tetamu yang hadir menyanyika­n lagu balada hingga membuatkan Lara menangis.

Pada majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, Scha berkata dia cuba untuk menjadikan majlis berkenaan sebagai acara tahunan mereka sekeluarga.

Penyanyi dan penyampai radio KOOL fm, Haiza, 38, menegaskan tidak menggunaka­n kelebihan dirinya sebagai rakan baik Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, 38, bagi mencari jalan mudah mendapatka­n tawaran mengadakan persembaha­n dalam program anjuran kerajaan negeri itu.

Haiza sebaliknya sentiasa mengikut prosedur sama dilalui artis lain sekiranya dijemput mengadakan persembaha­n di bawah kendalian kerajaan Pakatan Harapan terutama di negeri Selangor.

“Memang kami sekelas dan satu sekolah ketika di Benut, Pontian Johor. Tidak dinafikan kami memang rapat ketika zaman sekolah. Apabila sudah dewasa kami jarang berjumpa namun sering berhubunga­n menerusi telefon.

“Setiap kali saya buat majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, dia pasti akan dijemput dan tahun lalu, Yang Berhormat Amirudin hadir.

“Walaupun berlainan bidang, kami sentiasa menyokong

 Penyanyi tegas tak guna kelebihan sebagai rakan baik MB Selangor dapat tawaran

 ??  ??
 ?? Haiza ?? Memang kami sekelas dan satu sekolah ketika di Benut, Pontian Johor. Tidak dinafikan kami memang rapat ketika zaman sekolah. Apabila sudah dewasa kami jarang berjumpa namun sering berhubunga­n menerusi telefon”
Haiza Memang kami sekelas dan satu sekolah ketika di Benut, Pontian Johor. Tidak dinafikan kami memang rapat ketika zaman sekolah. Apabila sudah dewasa kami jarang berjumpa namun sering berhubunga­n menerusi telefon”
 ??  ?? SCHA
SCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia