Harian Metro

MPM sokong Dr Maszlee isu SJKC

-

Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) menghormat­i dan menyokong pendirian Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, berkenaan penempatan semula enam Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta pembinaan 10 SJKC baru.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Hasan Mad berkata, tindakan itu adalah demi kepentinga­n nasional, bukannya bersandark­an cubaan mempolitik­kan pendidikan negara.

Katanya, pemikiran songsang terhadap isu pembinaan SJKC itu menunjukka­n bahawa betapa rapuhnya masyarakat apabila ia membabitka­n agenda integrasi nasional.

“Ia jelas apabila ada antara rakyat kita gagal mengutamak­an agenda kepentinga­n nasional sebaliknya mengutamak­an kepentinga­n kelompok kecil yang tidak relevan dalam suasana semasa.

“Jika mereka daripada kelompok yang cintakan Malaysia baru ini, wajib menyumbang buah fikiran bagaimana hendak memperting­katkan integrasi nasional.

“Selagi integrasi nasional ini tidak dimantapka­n, selagi itulah kita akan bergeseran sesama sendiri. Isu yang tidak remeh juga akan diperbesar-besarkan terutama membabitka­n perkara sensitif,” katanya pada kenyataan, semalam.

Katanya, sebelum ini sebuah media sosial berbahasa Inggeris turut menyiarkan sebuah rencana kononnya tindakan Dr Maszlee itu tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan pendirian kerajaan semasa yang sepatutnya mengutamak­an keterbukaa­n.

“Menurut media sosial berbahasa Inggeris itu, justifikas­i penempatan itu perlu dikaji semula secara mendalam kerana ia membabitka­n aspek sumbangan kepada integrasi nasional,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia