Harian Metro

Dorongan luar biasa

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

Pencapaian menakjubka­n remaja menghidap Cerebral Palsy (CP) atau lumpuh otak, Fajar Abdurokhim Joko Wahyudiono, 14, wajar menjadi pemangkin dan dorongan buat pelajar tahfiz lain.

Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n Mashanizat Ngasri berkata, kelebihan dikurniaka­n Allah kepada Fajar Abdurokhim sememangny­a luar biasa.

“Saya difahamkan Fajar mula menghafaz al-Quran ketika berusia empat tahun, sedangkan remaja ini dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna.

“Kami menjemput Fajar ke SMISTA, kelmarin bagi memberi dorongan dan motivasi kepada semua pelajar supaya terus gigih berusaha dan menamatkan hafalan mereka.

“Semua ini bagi menyuntik semangat pelajar sempena Program Bicara Wahyu yang dianjurkan. Sebelum ini, kami sudah menjemput ramai individu berjaya lain ke program itu yang juga acara tahunan SMISTA,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Fajar Abdurokhim berasal dari Jawa Tengah, Indonesia yang mendapat perhatian pengurusan Pusat Tahfiz At Taqwa, Jalan Keramat Hujung di sini, ketika satu lawatan dilakukan di sebuah pusat pengajian madrasah di republik berkenaan beberapa bulan lalu.

Fajar dikurniaka­n daya ingatan luar biasa apabila hanya mengambil masa enam bulan

 Pencapaian menakjubka­n Fajar hidap Cerebral Palsy pemangkin buat pelajar tahfiz

menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Mashanizat berkata, program seumpama itu amat bermanfaat kepada pelajar agar sentiasa komited dan tidak mudah berputus asa untuk bergelar seorang huffaz.

Menurutnya, menghafaz al-Quran bukan mudah dan individu memiliki kemampuan itu boleh dikategori­kan sebagai luar biasa, tambahan pula untuk remaja yang mengalami kelumpuhan otak.

“Menghafaz al-Quran ini memerlukan kesungguha­n yang tinggi dan disiplin. Oleh itu, semalam (kelmarin) kita berkongsi tip dan kaedah penghafala­n daripada Fajar termasuk peranan bapanya.

“Kejayaan Fajar menghafaz al-Quran bukan hanya bukti keagungan Allah SWT sebaliknya juga usaha ibu bapanya yang sentiasa menitipkan ayat suci ketika dia dalam kandungan lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia