Harian Metro

Berkayuh di Oman tunggu visa siap

-

mempelajar­i ilmu fekah dan al-Quran di masjid ini.

Saya juga berkesempa­tan bertemu imam dan beramah mesra dengan masyarakat Oman yang peramah, tinggi budi pekerti dan berbicara dengan nada rendah.

Selepas lama berehat, saya kembali memulakan kayuhan pada hari kedua di Muscat dari hotel ke masjid kedua terbesar di Oman, Masjid Mohammed al-Ameen di Bawshar.

Biarpun suhu mencecah 42 darjah Celsius, tidak sedikit pun merencatka­n semangat saya untuk berkayuh.

Selepas alunan azan Zuhur berkumanda­ng, saya mengambil sedikit waktu meninjau bilik air dan tempat berwuduk yang saya rasakan bersih serta tidak berbau dan cantik. Saya mencadangk­an contoh sebegini boleh diadaptasi di masjid kita di Malaysia.

Usai menunaikan solat, saya singgah ke perpustaka­an dan begitu tertarik dengan susun atur buku serta kebersihan­nya.

Perpustaka­an itu diasingkan antara lelaki dan wanita. Elok sekiranya masjid di Malaysia mempunyai satu ruang perpustaka­an yang selesa untuk rujukan dan urusan pembelajar­an.

Di ruang waktu yang sempat, saya turut mempromosi­kan Malaysia, Terengganu dan negeri kelahiran saya, Pulau Pinang kepada masyarakat Oman yang saya temui di situ. Ada juga yang pernah bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur, Langkawi dan

Pulau Pinang.

Rata-ratanya cenderung ke arah percutian ke pulau, justeru, saya mencadangk­an Tourism Malaysia mengambil peluang ini dengan lebih mempromosi­kan pulau-pulau di sebelah pantai timur seperti Pulau Perhentian, Terengganu kawasan peranginan di Kuantan, Pahang dan Mersing, Johor.

Biarpun cuaca semakin panas mencecah hingga 46 darjah Celsius dan risiko bahaya kerana kebanyakan mereka memandu agak laju, namun atas kecenderun­gan saya terhadap seni bina masjid, saya meneruskan lagi kayuhan ke masjid terbesar Oman, Masjid

Sultan Qaboos.

Mengikut sejarah, masjid yang bersenikan corak negaranya ini mengambil tempoh lima tahun untuk disiapkan manakala menurut petugas masjid, satu permaidani besar bercorakka­n bunga disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Seperti masjid lain, masjid ini turut menyediaka­n ruang perpustaka­an tiga tingkat serta jalur lebar percuma yang boleh digunakan dengan kebenaran pihak masjid.

Pada sebelah malam, saya menerima pelawaan Ahmad Ridhauddee­n untuk melakukan kayuhan selepas Isyak di kawasan pelabuhan lama di Mutrah Souq yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia