Harian Metro

Kecut pasal klon

- Amrullah Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 Lelaki bawa kereta ‘kembar’ larikan diri selepas kemalangan

Bimbang ditahan kerana dipercayai memandu kereta klon, seorang lelaki melarikan diri selepas terlanggar sebuah Perodua Viva yang terbabas di lorong tengah di Kilometer 413.1 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat Lembah Beringin di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, lima sekeluarga yang menaiki Perodua Viva terbabit ce- dera termasuk seorang melecur di paha apabila terkena tumpahan petrol selepas kereta berkenaan terbalik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, ketika kejadian Perodua Viva dipandu Mohd Noor Kusairi Bahauddin, 55, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Gesir Hulu, Sungai Selisek, di sini menghala Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di lokasi.

Katanya, pada masa sama sebuah kereta Toyota Mark X dipandu seorang lelaki yang datang dari arah belakang melanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Dalam kemalangan ini, pemandu Toyota Mark X meninggalk­an kenderaann­ya dan melarikan diri. Pemeriksaa­n mendapati nombor enjin kenderaan itu sudah diusik dan disyaki kereta klon dari Singapura.

“Polis berusaha mengesan pemilik kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabka­n penumpang belakang Perodua Viva, Noor Fisha Nadia Mohd Noor Kusairi, 19, melecur di paha akibat terkena tumpahan petrol dan adiknya, Noor Frilisya Dania, 13, cedera ringan di kaki.

“Manakala penumpang depan, Rojiah@Rozie Baharuddin, 51, dan seorang lagi penumpang belakang, Nor Syazana Aina, 20, hanya cedera ringan,” katanya.

Bak Phai berkata, polis turut menemui dua set nombor pendaftara­n berlainan di dalam kereta Toyota Mark X berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, lapan pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 9.30 pagi untuk menyelamat­kan mangsa.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatka­n rawatan.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang terbalik selepas kemalangan.
KERETA dipandu lelaki yang melarikan diri.
KEADAAN kereta mangsa yang terbalik selepas kemalangan. KERETA dipandu lelaki yang melarikan diri.
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang terbabas di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, semalam. Gambar kecil, Mohd Firdaus.
KEADAAN motosikal mangsa yang terbabas di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, semalam. Gambar kecil, Mohd Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia