Harian Metro

Sesi panas badan 3 pagi

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Menjelang jam 12 tengah malam, kumpulan pelumba Kamikaze mula memasuki Lebuhraya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) dari susur masuk Sentul ke susur Sri Gombak di sini, untuk sesi memanaskan badan.

Kebanyakan mat rempit berlumba di ‘litar DUKE’ itu terdiri daripada remaja lelaki belasan tahun sehingga awal 30-an yang mahu melepaskan gian menguji kelajuan motosikal masing-masing pada malam minggu.

Bunyi deruman ekzos diubahsuai seolah-olah menjadi situasi biasa di lebuh raya berkenaan, malah penduduk di sekitar taman perumahan di pinggir lebuhraya sudah lali dengan bunyi bising itu.

Dari susur Sentul, mat rempit terbabit menunjukka­n pelbagai aksi dan gelagat berlumba sesama sendiri sebelum mereka menamatkan perlumbaan di susur Sri Gombak.

Keadaan ‘litar’ yang lurus dan jaraknya sejauh lima kilometer menjadikan Lebuhraya DUKE pilihan dan digemari dalam kalangan mat rempit di Lembah Klang.

Selepas membuat pusingan U di Sri Gombak, kumpulan terbabit sekali lagi memecut motosikal masing-masing ke arah Sentul dan mengulangi laluan itu sehingga jam 3 pagi.

Wartawan yang berada di lokasi kecut perut melihat pelbagai aksi dipersemba­hkan mat rempit terbabit termasuk Superman dalam keadaan trafik yang turut digunakan kenderaan berat.

Apa yang menyedihka­n, kebanyakan pelumba terbabit adalah generasi yang baru berusia belasan tahun dan masih menggunaka­n motosikal ibu-bapa masing, malah difahamkan ada segelintir daripada mereka yang datang dari Shah Alam, Klang, Rawang dan Kajang.

Penonton juga tidak kurang hebatnya, apabila mereka ‘bersidai’ di tepi lebuh raya untuk menonton ‘aksi percuma bunuh diri’ golongan mat rempit terbabit.

Malah, ada juga yang membawa teman wanita masing-masing untuk menonton aksi mat rempit terbabit sehingga awal pagi.

Menjelang jam 3.30 pagi, suasana mulai sunyi dan hanya ada beberapa motosikal saja ke hulu ke hilir dengan bunyi ekzos kuat, selain kumpulan penonton juga mula bersurai.

 Pelumba Kamikaze pamer aksi berbahaya di ‘litar DUKE’ seawal jam 12 tengah malam

rempit selain motosikal juga diubahsuai mengikut ‘trend’ golongan terbabit.

“Seramai tujuh individu berusia 15 hingga 22 ditahan atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengangkat tayar depan, bersaing sesama sendiri dengan kelajuan yang berbahaya dan membuat aksi ‘superman’,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada mereka yang ditahan didapati tidak mempunyai lesen memandu dan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ‘LITAR DUKE’ jadi tumpuan mat rempit untuk pertonton aksi berbahaya.
‘LITAR DUKE’ jadi tumpuan mat rempit untuk pertonton aksi berbahaya.
 ??  ??
 ??  ?? PENUNGGANG yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Duke.
PENUNGGANG yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Duke.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia