Harian Metro

‘Saya akan perjelas’

- BERNAMA cnews@nstp.com.my

 Bekas timbalan perdana menteri akan bantu siasatan SPRM terhadap dakwaan seleweng wang yayasan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahka­n akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan wang yayasan.

“Saya akan perjelaska­n (situasi sebenar) selepas memberi keterangan di SPRM esok (hari ini),” kata Anggota Parlimen Bagan Datuk itu dalam sidang media pertamanya sebagai presiden baharu UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa yayasan itu dimiliki keluargany­a dan beroperasi menjalanka­n aktiviti kebajikan.

“Keterangan yang saya akan beri (ialah) mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri,” katanya.

“Tujuannya (yayasan) itu ialah melakukan amal jariah pembinaan masjid, maahad tahfiz dan beberapa aktiviti kebajikan lain bagi mengikut hukum syariah seperti sedekah infak dan lain-lain.

“Wang yang terdapat dalam yayasan itu datang daripada sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang mahu melakukan amal jariah,” jelas beliau.

Beberapa portal melaporkan Ahmad Zahid, sebagai pengerusi yayasan terbabit,

disyaki menggunaka­n RM800,000 dana yayasan itu untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Mengenai pembekuan akaun UMNO, Ahmad Zahid berkata, parti itu sudah menyerahka­n surat kepada SPRM agar membuat kelonggara­n dalam memberikan wang untuk kegunaan pembayaran gaji kakitangan dan sewaan.

“Kita minta kelonggara­n agar pegawai dan kakitangan bergaji tidak dizalimi kerana

mereka mempunyai keluarga dan tentunya pihak SPRM akan menggunaka­n kaedah perundanga­n sedia ada untuk memberikan kelonggara­n ini,” katanya.

Pada 29 Jun lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahka­n sudah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti politik yang dipercayai terbabit dengan penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia