Harian Metro

Mas Ermieyati keluar UMNO, kini Ahli Parlimen bebas

-

Melaka: Bekas Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin mengumumka­n keluar UMNO dan menjadi Ahli Parlimen bebas berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, keputusan untuk meninggalk­an UMNO itu dibuat dengan seikhlas hati tanpa ada paksaan mana-mana pihak atau ancaman.

“Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018, dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumka­n keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dan menjadi Ahli Parlimen bebas.

“Ini bermakna, peranan kini untuk menjadi Ahli Parlimen yang berperanan menegur dan menasihati kerajaan sebagai

(semak dan imbang) atas dasar diperkenal­kan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.

“Kuasa merosakkan dan kuasa mutlak merosakkan sepenuhnya. Berlandask­an latar belakang saya sebagai bekas peguam diharapkan dapat membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh Parlimen yang efektif,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n, semalam.

Mas Ermieyati berkata, tindakan dibuat itu selepas menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli UMNO yang masih dalam sindrom penafian selepas keputusan pemilihan UMNO, kelmarin.

“Harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru yang berwibawa di pelbagai peringkat tidak kesampaian.

“Saya turut percaya kepemimpin­an sedia ada masih enggan menerima kenyataan yang rakyat menolak UMNO,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia